Ajar Orang Bancuh Air Manis, Masak Macam-macam… Tapi Rupanya Khairul Aming Minum Air Kosong Je “Berbuka Puasa.”

TERKENAL dengan 30 Hari 30 Resipi pada bulan Ramadan, pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming pastinya menjadi rujukan masyarakat dalam penyediaan juadah mudah untuk berbuka mahupun bersahur.

Memasuki tahun keenam segmen tersebut, usahawan popular ini terus menjadi inspirasi semua golongan termasuk para ibu dan wanita bekerjaya.

Malah, pengikutnya juga gemar memberi maklum balas positif apabila berjaya menyediakan juadah seperti yang dikongsikan.

Khairul Aming berkongsi segmen 30 Hari 30 Resipi untuk tahun keenam

Khairul Aming berkongsi segmen 30 Hari 30 Resipi untuk tahun keenam.

Bagaimanapun, hantaran terkini yang dibuat jejaka berusia 31 tahun ini mengejutkan warga maya.

Menerusi laman X, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman ini mendedahkan menu yang dijamahnya sepanjang bulan Ramadan sehingga berjaya menurunkan berat badan.

“Apa yang sama makan setiap hari semasa bulan Ramadan. Bulan lepas hilang 4kg (kilogram), bulan ni harap dapat kurangkan lebih lagi sebelum raya.

“Semua benda (boleh) makan… yang penting kawal portion dan bersenam,” ciapnya ringkas.

Berdasarkan klip video yang disertakan, dia turut berkongsi rutin hariannya sepanjang bulan Ramadan.

“Ini makanan yang Khairul Aming makan sepanjang bulan puasa untuk kawal berat badan dan bagi fit. Untuk sahur, makan high protein… selalunya ayam bakar dan telur, minum dua gelas air kosong.

“Petang aku akan pergi gym dalam pukul 3.30 petang. Untuk buka puasa aku akan makan kurma diikuti air teh o ais limau kosong… ikan bakar kosong, sambal kicap dan nasi putih atau air kelapa kosong dan lauk kampung,” ujarnya.

Khairul Aming pun minum air kosong, makan makanan sihat je… siap bersenam.

WARGA MAYA

Menurut anak kelahiran Kelantan ini lagi, pengambilan buah dan protein shake sering diamalkan pada waktu malam atau moreh.

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui bahawa masakan yang dimasak untuk kandungan media sosialnya sering dihabiskan oleh rakan serumah.

Tambah Khairul Aming, apa sahaja hidangan sama ada dibeli mahupun dimasak boleh dimakan namun kuantiti pengambilan perlu dikawal.

“Tak semua yang dimasak tu aku makan, housemate yang habiskan.

“Pergi bazar beli je makanan-makanan sedap tapi kawal portion… masak pun sama. Masak sedap-sedap tapi kawal portion dan teruskan bersenam,” ujarnya menitipkan nasihat.

Antara reaksi warga maya di hantaran Khairul Aming.

Antara reaksi warga maya di hantaran Khairul Aming.

Hantaran yang dibuat pada Isnin itu membuatkan para netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

Rata-ratanya berseloroh tentang berat badan semasa sambutan Syawal dengan menyatakan ia adalah agenda Khairul Aming untuk kelihatan kurus pada hari raya nanti.

“Konspirasi Khairul Aming: make them fat!

“Dalam resipi bukan main suruh orang buat air manis, makan macam-macam. Kau minum air kosong je? Raya nanti nak kau seorang je kurus?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ajar Orang Bancuh Air Manis, Masak Macam-macam… Tapi Rupanya Khairul Aming Minum Air Kosong Je “Berbuka Puasa.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*