Will Smith Tertarik Dengan Kisah Nabi Musa AS Lepas Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

BINTANG Hollywood Will Smith mendedahkan sudah membaca 30 juzuk al-Quran pada bulan Ramadan tahun lalu.

Will, 56, berkata, dia tergerak hati untuk membaca terjemahan kitab suci umat Islam itu ketika dia mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya dua tahun lalu.

Kata pelakon filem Men In Black ini, al-Quran sangat mudah dibaca malah menyukai kesederhanaan yang ada pada kitab suci itu.

Malah Will memberitahu kisah Nabi Musa AS paling digemarinya malah memberi kesan positif terhadap pada dirinya.

Smith mencari ketenangan rohani melalui bacaan al-Quran.

Smith mencari ketenangan rohani melalui bacaan al-Quran.

“Ayat dalam al-Quran sangat jelas dan mudah difahami.

“Saya kagum melihat banyak rujukan tentang Nabi Musa dalam al-Quran,” katanya seperti dilaporkan Morocco World News.

Will berkongsi mengenai pengalaman membaca al-Quran ketika muncul dalam sesi podcast Big Time Podcast yang dihoskan wartawan dari Mesir iaitu Amr Adeeb.

Dalam pada itu, Will memberitahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia banyak menghabiskan waktu membaca kitab suci daripada pelbagai agama.

Bagaimanapun kata Will, al-Quran paling digemarinya kerana dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah.

“Saya sudah membaca semua kitab suci Abrahamik dan terkejut Nabi Musa sering kali disebut.

“Apabila membaca al-Quran saya terkejut sebab ia seperti penyatuan semua cerita melalui kitab lain seperti Taurat dan Injil.

“Selepas saya membaca al-Quran, baru saya faham tentang alur cerita sebenar,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Will Smith Tertarik Dengan Kisah Nabi Musa AS Lepas Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*