Suami Kahwin Baru, Isteri Dihalau Dari Rumah Sewa Bawa Dua Anak Kecil Tidur Di Masjid.

Saban hari, kisah segelintir suami menganiaya kebahagiaan isteri dan anak-anak sendiri semakin banyak tersebar di media sosial. Tatkala sudah menemui orang baru, ‘orang lama’ akan dibuang seperti sampah yang tidak berguna lagi. 

Dalam hantaran yang sudah meraih hampir 4,000 perkongsian semula di FB, Ustaz Abu Hamizan menceritakan bagaimana dirinya dipertemukan dengan seorang ibu bersama 2 anak sedang berada di rumah Allah pada larut malam. 

Selesai solat terawih dan tadarus malam tadi.

Di satu sudut masjid saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamulail.

Kemudian wanita itu datang dan menyapa, “ustaz, boleh tak saya nak minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ni sahaja??”

Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.

Untuk kepastian, Saya bertanya kalau akak ni dari mana?
Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?

Jawapanya membuatkan saya terdiam seketika, Kata ibu ini dia baru di halau dari rumah sewanya,suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.

Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di selangor.

Kemudian saya bertanya, kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana??akak ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ni?

“Tak ada duit ustaz” Jawab nya dalam keadaan malu.

Allahuakbar, Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata.

Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu, Adakah saya akan berdosa??

Sebagai seorang muslim bukan ke kita di tuntut supaya mengasihi muslim yang lain.

Sebelum saya beredar untuk pulang, Saya cuba bantu sekadar yang termampu, Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur,yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.

Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.

Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada

Gambar sekadar hiasan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: FB Ustaz Abu Hamizan

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Kahwin Baru, Isteri Dihalau Dari Rumah Sewa Bawa Dua Anak Kecil Tidur Di Masjid."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*