Polis Serbu Kilang Di Batu Pahat, Rampas Stoking Tertera Kalimah Allah.

LIMA pasang stoking yang tertera kalimah Allah ditemui di dalam sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Difahamkan kilang tersebut merupakan pembekal stoking yang dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata sepasukan 40 anggota polis memeriksa Xin Jian Chang Sdn Bhd pada pukul 9 pagi Selasa.

“Kami merampas lima pasang stoking yang tertera kalimah Allah padanya. Produk tersebut telah dipulangkan oleh kedai serbaneka di KK Super Mart Bandar Sunway di Selangor.

“Pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama penuh semasa pemeriksaan. Kami mendapat tahu bahawa ia telah memperoleh 16 guni stoking, bersamaan dengan 18,800 pasang, dari China sebelum kilang itu membungkus semula dan mengedarkannya ke pasaran.

“Kami memeriksa setiap pasang barang dalam stok dan mendapati mereka tidak tertera kalimah Allah kecuali lima pasang yang kami rampas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, pada masa ini hanya tiga daripada cawangan kedai serbaneka di Selangor didapati menjual stoking kontroversi itu; dua di Bandar Sunway dan satu lagi di Sunway Mentari.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tambahnya.

Ismail turut mengingatkan orang ramai serta kumpulan dan badan bukan kerajaan supaya tidak mengambil bahagian dalam flash mob, perhimpunan atau demonstrasi berkaitan isu itu, yang boleh mengganggu keharmonian awam.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan aktiviti sedemikian yang bertentangan dengan undang-undang. Biar polis menjalankan siasatan,” katanya lagi.

Sabtu lalu, pengasas KK Super Mart Datuk Seri Dr KK Chai membuat permohonan maaf secara terbuka, mengatakan stoking kontroversi itu dijual secara konsainan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Polis Serbu Kilang Di Batu Pahat, Rampas Stoking Tertera Kalimah Allah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*