Peniaga Buang Minuman Tak Habis Jual, Netizen Berdebat Kenapa Tak Sedekahkan Dekat Orang.

Perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang menjanji keuntungan setiap masa. Ada ketika peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak mendapat sambutan pelanggan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sistem pembuangan sisa makanan di bazar Putrajaya” “

Dalam video berdurasi 1 minit itu, peniaga dilihat membuang minuman dan makanan yang tak habis jual ke dalam tempat yang disediakan. Sistem pembuangan sisa makanan itu sangat teratur dan tidak mencemarkan kawasan. 

Namun, ramai pula tertumpu kepada peniaga-peniaga membuang sisa minuman yang tak habis jual. Mereka dilihat membuang air berperisa itu ke dalam tempat yang disediakan. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh Studio Kayangan di TikTok, dapat dilihat begitu banyak sisa minuman yang dibuang.

Difahamkan, air minuman yang telah dikumpulkan itu akan disedut oleh lori Alam Flora untuk membersihkan sisa-sisa minuman terbabit.

Kenapa tak sedekah?

Namun, perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan peniaga yang memilih untuk membuang air lebihan itu berbanding disedekahkan kepada penduduk setempat.

Segelintir netizen menganggap ia merupakan satu pembaziran dan lebih baik minuman yang tidak terjual itu diagihkan ke masjid atau surau.

Bagaimanapun, sebahagian netizen tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu kerana ia akan menambah kos lain seperti kos pembungkusan.

Screenshot 2024 03 18 161929Screenshot 2024 03 18 161834

Selain itu, seorang pengguna menyatakan ia bukanlah satu pembaziran tetapi sebagai langkah keselamatan makanan. Jika diberi lebihan minuman tersebut, ia berisiko dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Screenshot 2024 03 18 161953Screenshot 2024 03 18 161821

Dalam pada itu, netizen juga menyarankan peniaga untuk tidak menyediakan minuman terlalu banyak bagi mengelakkan pembaziran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Lobak Merah

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Peniaga Buang Minuman Tak Habis Jual, Netizen Berdebat Kenapa Tak Sedekahkan Dekat Orang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*