Solat Tarawih ‘Kilat’ Di Indonesia

Solat sunat tarawih sepantas tujuh minit ditunaikan jemaah di sebuah pesantren di Indramayu, dalam wilayah Jawa Barat, di sini lapor laman berita TVOne News.

Solat sunat digelar ‘tarawih kilat’ itu ditunaikan dalam 23 rakaat yang diadakan secara tradisi dan turun temurun.

Menurut imam, Hua Bihi Mujyinnidzom solat terawih pantas itu sudah diadakan sejak 15 tahun dahulu.

“Ia dimulakan sekitar tahun 2009 hingga 2010, alasan terawih kilat adalah kalau menurut saya syarat rukun solat itu sudah dipenuhi.

“Anda semua boleh buat semakan di pondok kami (Pondok Al-Quraniyah), bagaimana tatacara kami dalam melakukan ibadah ini,” katanya.

Menurut imam, Hua Bihi Mujyinnidzom (tengah) solat terawih pantas itu sudah diadakan sejak 15 tahun dahulu.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan mana-mana pihak yang tidak yakin berkenaan dengan tatacara solat terawih yang mereka lakukan untuk datang sendiri menyaksikannya.

“Jemaah yang menunaikan solat terawih di situ sudah terbiasa melakukannya dengan cepat,” katanya lagi.

Hanya solat terawih dilakukan dalam keadaan cepat, bagaimanapun solat lima waktu yang lain dilakukan mengikut kebiasaan.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Solat Tarawih ‘Kilat’ Di Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*