Peniaga Sedekah Tepung Pelita Tak Habis Ke Pusat Tahfiz. Guru Sebak Anak Didik Diberi Makan Makanan Hancur Sebegitu Rupa.

KETIKA bulan Ramadan, digalakkan untuk memperhebatkan amal jariah seperti menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pelbagai bentuk sedekah mengikut kemampuan boleh diberikan seperti makanan, pakaian dan wang ringgit.

Namun, terdapat segelintir masyarakat yang sepertinya salah faham dengan konsep sedekah sehingga menyebabkan penerimanya teraniaya.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang lelaki yang juga pengurus pusat tahfiz menzahirkan rasa sedih dan kecewa kerana anak muridnya menerima saki-baki tepung pelita daripada seorang peniaga bazar Ramadan.

Bazar Ramadan menjadi kemestian setiap kali tibanya bulan mulia ini. -Gambar hiasan

Menurutnya, mereka sememangnya bersyukur dengan apa yang direzekikan, cuma sedikit terkilan kerana kerap dijadikan sebagai tempat ‘pembuangan’ lebihan makanan.

“Inilah rezeki moreh anak-anak tahfiz. Sering kali terjadi tetapi dunia luar kurang maklum.

“Tatkala pengusaha bazar Ramadan kelam-kabut untuk pulang berbuka, mereka singgah sebentar ke madrasah bagi meninggalkan kuih-muih yang tidak habis dijual.

“Para pelajar tetap bersyukur kerana mereka sudah dididik sebegitu. Tetapi kami para guru dan pengurusan hampir mengalirkan air mata.

“Saya amat sarankan jika anda hendak berikan sesuatu seperti makanan khususnya, berilah yang terbaik untuk anak-anak ini,” ujar lelaki itu.

Turut disertakan bersama hantaran itu adalah sekeping gambar menunjukkan beg plastik berisi kuih tepung pelita yang sudah tunggang terbalik seperti ‘tongkang pecah’.

Tambah lelaki tersebut, dalam bersedekah adalah penting untuk mempunyai keikhlasan hati.

“Jika hendak diberikan makanan kepada orang lain, beli atau buat yang segar. Jangan hanya sisa-sisa jualan yang diberikan. Insya-Allah pasti rezeki anda berkat dan dilimpahi rahmat,” tegurnya.

Perlu dikesali apabila ada penderma menjadikan pusat tahfiz sebagai tempat pembuangan barang yang tidak digunakan.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar berasa hiba melihat pelajar tahfiz berkenaan terpaksa menjamah makanan yang sebegitu rupa.

“Ya Allah sedihnya, terbayang kalau anak aku dijamu dengan hidangan macam tu, luluh hati ni. Dah tak rupa makanan gamaknya.

“Kalau macam saya dulu buat kenduri jemput anak-anak tahfiz, saya akan bagi mereka makan dulu sebelum tetamu yang lain sampai.

“Walaupun bagi percuma makanan, bungkuslah betul-betul. Ini sekolah tahfiz yang ada manusia di dalamnya, mereka bukan tong sampah,” ujar warga maya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Peniaga Sedekah Tepung Pelita Tak Habis Ke Pusat Tahfiz. Guru Sebak Anak Didik Diberi Makan Makanan Hancur Sebegitu Rupa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*