“Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Kongsi Berita Sedih.

Pelakon Hannah Delisha memberitahu impiannya untuk memiliki cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Berkongsi berita duka itu menerusi satu ciapan di aplikasi X, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, turut memberikan kekuatan kepada wanita yang pernah menimpa nasib sama.

“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini.

hannah1 - 1

Perkongsian Hannah di aplikasi X miliknya.

“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran,” katanya.

Hannah bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berharap perkongsiannya itu sedikit sebanyak dapat memberikan semangat buat wanita yang pernah mengalami keguguran.

Malah dia turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan dalam menempuhi dugaan yang diterima serta berharap dapat bertemu anaknya itu di syurga kelak.

“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi. Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian.

“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.

hannah2 - 1

Hannah terus positif berdoa diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini.

“InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang,” ujarnya.

Sebelum itu, Hannah ada memuat naik foto di Instastory miliknya menunjukkan dia kini sedang dirawat di hospital.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Kongsi Berita Sedih."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*