Penjualan Stoking Tulisan Kalimah Allah Amatlah Sensitif Dan Tak Boleh Dibiarkan. Sila Ambil Iktibar.

Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di mata umat Islam dan meletakkannya pada stoking adalah satu penghinaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, isu itu juga tidak boleh dipandang remeh meskipun ada pihak yang menyatakan supaya tidak perlu terlalu sensitif dalam menanganinya.

“Perkara sensitif melibatkan umat Islam sukar untuk dimaafkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan syarikat KK Supermart serta pemborong perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku,” katanya.

“Saya rasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Kita berada dalam bulan Ramadan, ada yang menyatakan jangan terlampau sensitif dengan isu Allah letak di stoking tetapi ini tidak boleh dibiarkan.

“Allah adalah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan,” katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Beliau berkata, permohonan maaf telah dibuat tetapi pihaknya berharap pada masa akan datang syarikat tersebut tidak mengambil mudah perkara sebegitu.

Menurutnya lagi, syarikat terbabit serta pemborong perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Permohonan maaf telah dibuat, tapi yang pastinya kita harap pada masa hadapan, KK Super Mart tidak ambil remeh tentang perkara sebegini dan mana-mana jabatan audit perlu tengok dahulu barang yang dibawa masuk.

“Perkara sensitif susah nak dimaafkan. Diharap KK Super Mart dan pemborong serta penjual lain harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Ia sangat sensitif, kena beri ruang kepada umat Islam (untuk memaafkan perbuatan ini),” katanya lagi.

Pada masa sama, Mohd Na’im meminta umat Islam di negara ini bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menyiasat isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart.

Susulan itu, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Penjualan Stoking Tulisan Kalimah Allah Amatlah Sensitif Dan Tak Boleh Dibiarkan. Sila Ambil Iktibar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*