Tash Yong Dah Hamil Lima Bulan, Boss Kay Pula Makin Manjakan Isteri.

PELAKON Tash Yong berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan.

Teruja bakal bergelar ibu, Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, berkata dia terkejut dan menangis gembira apabila dimaklumkan oleh doktor mengenai kehamilan itu.

“Sebenarnya dah lima bulan mengandung. Rasa gementar dan tak ikutkan saya dan suami tidak merancang pun.

size NP 1 (3)

Tash Yong bahagia hidup bersama Boss Kay.

“Tapi bila saya buat ujian kehamilan terpapar dua garisan, awalnya tak percaya dan saya buat sekali lagi namun keputusan masih sama.

“Kemudian saya ke klinik dan doktor pun mengesahkan saya mengandung, saya rasa sangat gembira dan terus menangis,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Tash Yong memberitahu dia berdepan alahan teruk di awal kehamilan dan terpaksa menolak tawaran kerja.

Namun dia bersyukur kerana suami iaitu Boss Kay atau Azlee Abdul Aziz banyak membantu menyelesaikan hal rumah tangga.

“Trimester pertama saya memang kena morning sickness yang teruk. Sehinggakan saya tak buat live atau content, job event atau berlakon pun saya tolak.

“Waktu tu saya dijangkiti covid dan selepas pulih saya alami gerd kronik pula. Jadi saya hanya mampu makan nasi dan sup sayur sahaja.

“Mujur ada suami yang masak untuk saya sampai sekarang. Dia juga la yang buat segala kerja di rumah macam mengemas, basuh pinggan apa sahaja sampai sekarang,” ujarnya.

Meskipun suami ringan tulang membantu, Tash Yong mengakui timbul perasaan serba salah kerana membiarkan suami melakukan kerja itu sendirian.

Pun begitu, Tash Yong berkata Boss Kay tidak pernah mengeluh malah lebih memanjakan dirinya.

size NP 1 (2)

Boss Kay semakin memanjakan Tash Yong selepas mengandung.

“Saya pula rasa serba salah, patut saya sebagai isteri yang buat kerja rumah tak kisahlah mengandung atau tidak.

“Tapi syukur dia tak pernah mengeluh malah lebih memanjakan saya sangat,” ujarnya.

Untuk info, Tash Yong mendirikan rumah tangga dengan Boss Kay pada 8 April 2023.

Sebelum ini, Boss Kay pernah berkahwin dengan Nooraini dan Norsufia Johari, namun menceraikan kedua-duanya pada Mac tahun lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tash Yong Dah Hamil Lima Bulan, Boss Kay Pula Makin Manjakan Isteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*