Jenis B40 Berniaga! Pelanggan Geram Peniaga Bazar Tak Jujur, Jual Roti John Hanya Ada Kubis Dan Telur

MENJELANG bulan puasa, antara perkara yang paling dinanti-nantikan orang ramai adalah bazar Ramadan.

Bukan sahaja umat Islam, malah penganut agama lain juga tidak ketinggalan mengunjungi bazar yang sememangnya meriah dengan aneka kuih muih, minuman dan juadah lain.

Namun, kemeriahan bazar Ramadan dicemari dengan sikap segelintir peniaga yang lebih mementingkan keuntungan dengan menjual juadah ‘tangkap muat’ sehingga menganiaya pelanggan.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewa gara-gara roti john yang dibelinya ‘tidak cukup sifat’.

Siapa tak berang kalau Roti John lebih banyak kobis hingga ‘tenggelam’ ayam atau daging.

Itu dialami seorang pengunjung bazar Ramadan yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

“Ini musim dia. Apabila berniaga hanya sebulan sahaja, tapi mengejar untung setahun… inilah bangsanya.

Roti John - Ramadan food review at Big Apple Restaurant in the Berjaya Times Square Hotel. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. February 26, 2020.

Roti john yang cukup dengan bahan-bahannya kelihatan begitu menyelerakan. -Gambar hiasan/Izzrafiq Alias

“Jujurlah niaga. Kalau kata roti john ayam… letak ayam. Kalau daging, letak daging.

“Kalau kau jual roti john sayur, tulislah roti john sayur kubis serta telur. Tak ada la orang marah,” luahnya.

Tambah individu berkenaan, bukan isu harga yang dipersoalkannya, sebaliknya kejujuran peniaga yang tidak menjual juadah sebagaimana yang dipaparkan di papan tanda.

“Abang okay je, harga RM20 pun ok. Sebab abang biasa lepak kat Subway. Janji sedap dan berbaloi.

“Abang tak bolehlah kalau jenis B40 ni nak niaga tapi nak achieve macam T20.

Roti john ayam tapi isinya kobis. Lepas tu nanti up kisah barang basah sekarang mahal.

NETIZEN

Bersama hantaran tersebut, dia turut memuat naik sekeping gambar roti john yang dibelinya yang jelas kelihatan ia hanya dipenuhi sayur.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan harga dan lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman buruk mereka yang kecewa apabila juadah yang dijual kebanyakannya indah khabar daripada rupa.

komen john

Sebahagian daripada netizen berkongsi padangan masing-masing.

“Aku pernah kena sekali. Dua tahun lepas. Harga RM10, sekali makan… hampeh. Isi ayam langsung tak ada, kobis je banyak. Geram betul aku masa tu.

“Roti john ayam tapi isinya kobis. Lepas tu nanti up kisah barang basah sekarang mahal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Jenis B40 Berniaga! Pelanggan Geram Peniaga Bazar Tak Jujur, Jual Roti John Hanya Ada Kubis Dan Telur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*