Oktovia Manrose Malu Netizen Ungkit Sejarah Lama Dengan Aliff Aziz.

GARA-GARA kontroversi terbaharu Aliff Aziz dengan Ruhainies, tidak semena-mena netizen mengungkit semula kisah lama penyanyi itu dengan pelakon Oktovia Manrose.

Menyedari isu panas pada tahun 2019 itu dibangkitkan semula, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, berkata ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, sebaliknya dia berasa malu apabila mengenang kembali kisah itu.

“Ada juga nampak (berita lama), tapi perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.

size NP 1 (81)

Oktovia bersama selebriti lain ketika majlis edaran bubur lambuk anjuran A. AIda Production.

“Memang saya malulah, pernah terpalit dengan isu kontroversi tersebut, tapi tidak mengapa tak perlu nak melatah.

“Past is past, teruskan hidup,” katanya kepada mStar.

Oktovia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Edaran Bubur lambuk oleh A. Aida Production di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya, pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, ada juga netizen membuat pembandingan dirinya dengan Aliff yang sehingga kini masih lagi terpalit dengan kontroversi panas.

Mengulas mengenai perkara itu, Oktovia berkata setiap manusia mempunyai ujian tersendiri dan mungkin Aliff juga sedang diuji.

“No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap fasal hidayah dan perubahan seseorang.

“Macam saya dapat hidayah dan saya ambil, Alhamdulillah kekal sampai sekarang.

“Tapi masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin dia (Aliff) masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Oktovia juga sempat menitipkan doa agar urusan Aliff dan isterinya iaitu Bella Astillah dipermudahkan.

“Kita doakan yang baik saja untuk semua. Untuk Bella, Aliff dan semoga mereka dipermudahkan urusan dan bahagia… insyaAllah,” ujarnya.

size NP 1 (62)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Oktovia Manrose Malu Netizen Ungkit Sejarah Lama Dengan Aliff Aziz."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*