Kesian! Gerai Warga Emas Lengang, Orang Singgah Tapi Tak Jadi Beli… Pemuda Dapat Jawapan Lepas Pasang Telinga Dengar Perbualan.

BULAN Ramadan merupakan masanya untuk peniaga gerai makan meraih pendapatan yang melimpah-ruah.

Khususnya di bazar, setiap peniaga daripada pelbagai latar belakang akan berlumba-lumba untuk menarik pelanggan membeli juadah berbuka puasa.

Bagaimanapun melalui satu ciapan tular di laman X, seorang pemuda dikenali sebagai Naim menzahirkan rasa kasihan apabila ditemukan dengan pasangan suami isteri lanjut usia yang menjual lauk-pauk di bazar Ramadan.

qr

Pembayaran menerusi kod QR memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan

Menurutnya, pasangan warga emas itu sepertinya kurang mahir dengan selok-belok platform digital kerana tidak menyediakan kemudahan untuk pembeli membuat pembayaran secara kod QR.

Tambah Naim lagi, perkara tersebut menjejaskan kehadiran pelanggan ke gerai pasangan itu yang kelihatan lengang walaupun ketika waktu puncak.

“Anak-anak kalau ada mak ayah atau orang tua yang berniaga dekat bazar Ramadan tu, tolong la buatkan kod QR untuk mereka.

“Tadi aku pergi bazar Ramadan, ada satu gerai ni jual lauk-pauk tapi nampak kosong je, tak ramai yang datang. Pengusahanya pasangan suami isteri yang dah tua, boleh cakap sebaya dengan mak ayah aku.

“Gerai lain kiri dan kanan ramai je orang. Aku yang tengah beratur dekat gerai sebelah ni cuba jeling ke arah gerai pakcik dan makcik tu. Lauk nampak sedap je, tapi sayang tiada siapa yang beli.

“Aku macam hairan kenapa begitu jadinya,” soal Naim kebingungan.

Orang sekarang dah malas nak bawa cash, tapi risau juga senang ditipu.

NETIZEN

Persoalan Naim terjawab tidak lama selepas itu apabila dia mencuri dengar perbualan seorang pelanggan wanita yang bertandang ke gerai pasangan terbabit.

“Ada seorang kakak ni datang singgah ke gerai pakcik dan makcik tu, dia tengok lauk-lauk yang dijual. Selepas tu dia tanya, boleh bayar pakai QR tak makcik?

“Makcik tu pun jawab, tak ada la adik. Apabila diberitahu sedemikian, pelanggan tu terus berlalu pergi ke gerai lain. Melihat pada situasi berkenaan, barulah aku faham mengapa gerai mereka kurang dapat sambutan.

“Kita bukannya tak mahu support perniagaan orang kita, tapi zaman sekarang ni ramai yang dah segan nak bawa wang tunai. Duit dan kuasa membeli tu ada je, tapi kemudahan nak membayar daripada pihak peniaga kurang lengkap.

Warga maya bertukar pendapat.

“Harap anak-anak yang lebih muda dan celik teknologi dapat bantu, letakkan kod QR di gerai mereka. Kalau nak tahu, orang yang membeli dengan kod QR ni memang sakan berbelanja, jangan melepas,” kata Naim berseloroh.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyatakan kerisauan sekiranya peniaga lanjut usia itu diambil kesempatan apabila menerima pembayaran secara maya.

“Sangat setuju dengan apa yang dikupaskan, memang orang sekarang dah malas nak bawa cash banyak-banyak. Tapi risau juga dengan mereka yang tak biasa guna QR ni, takut senang ditipu.

“Beritahu dah bayar tapi sebenarnya tak bayar pun. Orang tua ni bukannya pandai nak check, entah-entah pelanggan tu tunjuk screenshot transaksi kelmarin pun mereka cakap terima kasih je.

“Saya rasa boleh pasang mesin QR yang ada keluar bunyi bila dah selesai transaksi, baru susah orang nak menipu. Sangat sesuai untuk golongan warga emas ni,” ujar sebahagian pelayar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kesian! Gerai Warga Emas Lengang, Orang Singgah Tapi Tak Jadi Beli… Pemuda Dapat Jawapan Lepas Pasang Telinga Dengar Perbualan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*