Suami Sempat Cium Isteri Dan 2 Anak Sebelum Empat Sekeluarga Maut Terjun Dari Tingkat 22 Apartment.

EMPAT individu daripada sebuah keluarga maut selepas terjun dari tingkat 22 sebuah apartment di Penjaringan, Jakarta, Indonesia.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, identiti keempat-empat mangsa yang maut dikenal pasti sebagai EA (51 tahun) dan AIL (50 tahun) yang merupakan pasangan suami isteri, serta dua anak mereka iaitu JL (15 tahun) dan JW (13 tahun).

Menurut kenyataan polis, rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di apartment berkenaan memperlihatkan si bapa sempat mencium isterinya dan dua anak mereka, sebelum kejadian tragis itu berlaku.

“Di dalam lif, EA mencium dahi tiga yang lain. Selepas mencium dahi, AIL dilihat mengumpul telefon bimbit daripada semua orang untuk naik ke tingkat atas,” kata Ketua Polis Daerah Penjaringan, Pesuruhjaya Agus Ady Wijaya.

Kejadian disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang terdengar bunyi dentuman sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati empat individu sudah terbaring tidak benyawa di hadapan lobi apartment.

Polis menyifatkan kejadian tersebut sebagai bunuh diri dan masih menjalankan siasatan berhubung motif yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Sempat Cium Isteri Dan 2 Anak Sebelum Empat Sekeluarga Maut Terjun Dari Tingkat 22 Apartment."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*