Selepas Pemergian Ibu Dan Abang, Bapa Pula Menyusul! Nota Ringkas Arwah Ayah Dalam Surah Yasin Jadi Teman.

“JIKA depan, belakang, kiri dan kanan membencimu, cuba tengoklah ke atas… ada Allah yang menyayangimu,” demikian nukilan ringkas seorang bapa sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 16 Julai 2022.

Nota kecil yang tersisip kemas dalam buku surah Yassin itu dikongsikan anak perempuannya di laman TikTok sehingga mendapat perhatian warga maya.

Menerusi hantaran yang dibuat, gadis itu turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa, ibu dan abangnya yang sudah ‘pergi’ buat selamanya.

Ibu dan abangnya meninggal dunia dalam kemalangan pada 2014.

Ibu dan abangnya meninggal dunia dalam kemalangan pada 2014.

“Al-Fatihah Mohd Arif Samid kehilanganmu banyak membawa kesan kepada kami. Doakan anakmu di sini, aku dan kakak rindu mahu manja-manja dengan babah (bapa).

“Al-Fatihah juga buat Gunang Lani dan Anif Mohd Arif… untuk mama, tak lama lagi nak puasa, aku rindu masakan mama. 10 tahun tak rasa masakan mama.

“Mama pun ‘jahat’ tinggal aku sini padahal aku masih perlu mama, tapi tak apa ma aku reda dan untuk abang, semoga tenang di sana… aku rindu nasihat-nasihat yang abang bagi masa kecil dulu,” luahnya mengimbau kembali memori bersama tiga insan tersayang yang sudah tiada.

Menurut gadis itu lagi, paling tidak dilupakannya adalah kenangan menaiki feri dari Kota Belud di Sabah ke Labuan untuk melawat bapanya selepas dimaklumkan berada dalam situasi kritikal.

“Nampak hanya gambar bulan kan? Tapi gambar ni paling bermakna sebab masa ni saya dalam perjalanan pergi Labuan dari Sabah untuk lawat babah selepas kakak call, cakap babah kritikal 50/50.

“Saya nampak bulan terus saya (tangkap) gambar. Kenapa? Sebab bila saya nampak bulan terus saya rindu abang dan mama.

“Masa ni dalam hati saya ya Allah, kalau boleh jangan ambil babah lagi dari kami… kami ada dia saja lagi. Sembuhkanlah dia. Sampai sana, Allah bagi kesempatan untuk jaga dia satu malam,” luahnya sambil berkongsi gambar pemandangan tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Hanirah ini berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di depan matanya pada pukul 2 pagi.

Masa tu terdetik hati mahu baca Yassin yang babah selalu guna. So baca punya baca, tiba-tiba ternampak sekeping kertas yang dia sisipkan di Yassin tu.

HANIRAH

Meluahkan apa yang terbuku di hati, dia yang baru berusia 24 tahun berkata, kemalangan maut yang mengorbankan abang serta ibunya pada 16 Julai 2014 masih segar di ingatan.

Tambahnya, tragedi hitam itu berlaku pada hari ketiga Aidilfitri semasa abang, bapa dan ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi bapa saudaranya di Kampung Bongawan, Papar.

“Semasa hendak pulang menuju ke Kota Belud, mereka kemalangan kerana dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda di Kampung Mandahan.

Ayah Hanirah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Bapa Hanirah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Masa tu, kereta yang melanggar sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lagi sehingga memasuki lorong (bertentangan) abang saya. Abang dan mama meninggal di tempat kejadian manakala babah dihantar ke hospital,” luahnya.

Menurut Hanirah, kemalangan tersebut membuatkan bapanya berada dalam keadaan koma selama sebulan di Hospital Kota Kinabalu sebelum kembali pulih dan dipindahkan ke Hospital Kota Belud.

Kata anak bongsu daripada tiga beradik ini, keadaan yang semakin baik membuatkan bapanya meminta kebenaran untuk keluar wad, tambahan pula dia telah dimaklumkan tentang isteri serta anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kami hidup seperti biasa bersama babah sebelum dia pula pergi meninggalkan kami dua tahun lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dan sakit gout.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa simpati dan mendoakan Hanirah diberi kekuatan.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa simpati dan mendoakan Hanirah diberi kekuatan.

“Selelas babah meninggal, saya dan kakak meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami tinggal berasingan kerana kakak tinggal dengan suaminya di Pulau Labuan manakala, saya tinggal di Kota Belud sendirian,” katanya.

Berkongsi tentang nota bapanya yang ditemukan dalam buku Yassin, ujar Hanirah, dia menyedari helaian kertas tersebut semasa sedang membaca surah berkenaan.

Tambahnya, sisipan tersebut ditemui sehari selepas bapanya meninggal dunia.

“Masa tu terdetik hati mahu baca Yassin yang babah selalu guna. So baca punya baca, tiba-tiba ternampak sekeping kertas yang dia sisipkan di Yassin tu,” ujarnya sayu.

Malah katanya, dia sentiasa berpegang pada kata-kata tersebut dan akan terus menjalani kehidupan dengan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Selepas Pemergian Ibu Dan Abang, Bapa Pula Menyusul! Nota Ringkas Arwah Ayah Dalam Surah Yasin Jadi Teman."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*