“Lelaki Tak Boleh Setia, Kita Kasihanilah Isteri Mereka” Suami Orang Menggatal, Puteri Balqis Maki Terus.

USIA pelakon Puteri Balqis mungkin masih muda namun pengalaman bergelar pelakon sejak 13 tahun lalu membuatkan dia matang terutamanya dalam berdepan cabaran dunia seni.

Ini termasuk berdepan dengan cabaran diganggu oleh pelakon lelaki atau kru termasuk berstatus suami orang ketika berada di set penggambaran.

Bagi Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 17, wanita yang bekerja dalam bidang seni sepatutnya lebih bijak menjaga diri agar tidak terjerat dalam percintaan dengan suami orang.

PB 1

Pesanan Aqish buat semua rakan-rakan seindustri.

Jelasnya, sikap mahu bermanja dengan lelaki di set penggambaran perlu dielakkan.

“Bila berada dalam industri tidak kira usia, sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon lelaki dan kru lelaki yang berstatus suami orang.

“Elakkan mengada atau cuba menggoda mereka,” katanya.

Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Balqis berpendapat jika ada lelaki dengan niat tidak baik cuba mendekati adalah lebih baik untuk melarikan diri daripada situasi tersebut.

“Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari.

“Nyoroklah mana-mana, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Balqis berkata, dia akan bertindak kasar sekiranya didekati lelaki berstatus suami orang bagi tujuan tidak baik.

PB 3

Aqish sentiasa jaga diri apabila di set penggambaran.

Katanya sebagai wanita dia perlu memahami dan berfikir perasaan isteri lelaki terbabit selain teguh agar diri tidak digoda.

“Kalau yang lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan.

“Kita yang kena kuatkan diri. Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus.

“Tak kisahlah pelakon ke kru. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting,” kongsinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Lelaki Tak Boleh Setia, Kita Kasihanilah Isteri Mereka” Suami Orang Menggatal, Puteri Balqis Maki Terus."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*