Wanita Setia Guna Saga Aeroback Pelik Orang Sekarang Malu Naik Kereta Lama, Sanggup Meminjam Demi Nampak Bergaya.

UKURAN kebahagiaan seseorang bukan terletak pada harta dan kekayaan tetapi cara mereka menghargai apa yang dimiliki.

Bagi Sakinah Abbi, dia sedikit pun tidak berasa malu menggunakan kereta keluaran lama Proton Saga Aeroback sehingga ke hari ini.

Namun, dia berasa hairan apabila ramai dalam golongan muda masa kini malu untuk menaiki kereta buruk seperti yang dimilikinya.

“Kawan-kawan sekarang tak macam kawan saya masa kita remaja dulu. Zaman dulu punya kawan-kawan seronok, tak memilih.

17352056

Proton Saga merupakan antara kereta popular digunakan rakyat di negara ini pada zaman dahulu. -Gambar hiasan

“Kereta buruk pun lenjan (pandu) pergi ke sana-sini. Bergelak tawa dalam riuh rendah. Pakai melawa naik kereta buruk pun tak malu apa. Peduli apa orang kata parkir depan pusat beli belah buat tak tahu je.

“Satu dalam seribu kawan macam tu. Itulah kawan sejati. Sekarang banyak tengok style (gaya) pandang benda, memilih. Malu ‘gabai’ naik kereta buruk,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Bercerita lanjut mengenai kenangan pada zaman remajanya dahulu, dia dan rakan-rakannya juga tidak kisah mencari duit dengan menjaja di tepi jalan.

Situasi ini berbeza dengan remaja pada zaman sekarang yang lebih mementingkan penampilan untuk ditayang kepada khalayak dan media sosial.

“Banyak nak OOTD (outfit of the day) lebih pada bergaya hak orang tak apa… janji nampak gah. Boleh muat naik gambar dekat Instagram nampak sempoi.

“(Kawan-kawan) Kepala masuk air. Gila-gila otak seminit (dapat idea). Pacak berniaga tepi jalan tak malu tak segan. Tak peduli orang kata. Jual ikan pun biasa satu kereta busuk pun ‘balun’ (harungi).

“Tapi sekarang ni ada yang sudah meninggal, ada yang sudah berkahwin… semua sibuk dengan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dalam pada itu Sakinah juga terdetik sekiranya perkongsian pendapatnya ini menunjukkan dirinya adalah seorang yang mempunyai pemikiran kolot.

Tidak sekadar membuat posting bertulis, Sakinah turut berkongsi foto kenderaannya yang berwarna hitam dan kelihatan sudah berkarat di bahagian hadapan.

Pakai kereta baru pun bulan-bulan nak fikir bayar ansuran. Mahu ‘ketar’ kepala.

NETIZEN

Bagaimanapun, dia menzahirkan rasa syukur apabila anak-anaknya tidak malu untuk menaiki kereta uzur itu yang digunakan sejak zaman muda.

“Saya naik kereta buruk ke elok ke saya tak kisah janji destinasi saya sampai. Ke saya ni yang masih kuno?

“Itulah zaman sekarang banyak masa nak pergi sana sini dengan anak-anak je sebab anak-anak tak kisah buruk atau panas (kereta) janji boleh ikut mak mereka,” ujarnya menutup cerita.

Susulan posting yang dibuat Sakinah, ramai dalam kalangan netizen tertarik dengan perkongsian kisahnya.

Komen netizen pada hantaran dibuat Sakinah di Facebook.

Rata-ratanya kagum dengan kehidupan sederhana yang dipilih Sakinah.

“Suka cara hidup awak simple saja. Janji gembira dan bahagia bersama keluarga.

“Tak apa kita bersyukur janji anak-anak faham takat mana kita mampu kan. Proton Saga ni walaupun buruk tapi aircond gedi (sejuk) la kereta kami.

“Hiasan dunia. Pakai kereta baru pun bulan-bulan nak fikir bayar ansuran. Mahu ‘ketar’ kepala. Memang kita nampak hebat naik kereta baharu. Dalam kepala tuan kereta tak tahu serabut macam mana. Kita pakai kereta buruk, tak fikir nak bayar bulan, senang hati,” antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Wanita Setia Guna Saga Aeroback Pelik Orang Sekarang Malu Naik Kereta Lama, Sanggup Meminjam Demi Nampak Bergaya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*