‘Saya Baru Sampai, Bangun Tidur’ – Dato Sri Vida Tak Tahu Premis Kulit Ikan Salmon Disita

Datuk Seri Vida tidak tahu-menahu tentang serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan miliknya yang mengusahakan kerepek kulit ikan salmon sehingga melibatkan sitaan berjumlah RM88,582.50 baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, beliau terpinga-pinga ketika diajukan persoalan berhubung perkara terbabit ketika dihubungi sebentar tadi.

Baca Juga:

Bagaimanapun Vida sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa sama ada beliau benar ada melakukan kesalahan penggunaan logo halal pada produk kerepek kulit ikan salmon.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea.

“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.

“Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,” ujarnya lagi.

Hari ini heboh berita mengenai satu serbuan terhadap sebuah premis yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi produk makanan ringan di Kawasan Perindustrian Jelapang di Ipoh, Perak diserbu KPDN semalam dengan nilai sitaan diperoleh ketika operasi itu mencecah hampir RM90,000.

Memetik laporan lagi, Serbuan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak bermula pukul 11 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan oleh pihaknya berhubung aktiviti memproses makanan di kawasan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah.

Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakuan oleh pihak berkuasa apabila diminta oleh pihak KPDN.

Satu tindakan kes telah diambil dengan tindakan menyita semua produk yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah, balang plastik yang tertera logo halal dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama.

“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” kata Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail.

Tambah beliau, produk makanan ringan itu dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan oleh ramai pengguna.

“KPDN menasihati serta menyeru kepada setiap peniaga dan pengusaha supaya mematuhi perundangan yang berkuat kuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi kerajaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : The Vocket

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Saya Baru Sampai, Bangun Tidur’ – Dato Sri Vida Tak Tahu Premis Kulit Ikan Salmon Disita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*