Nasi Lemak RM1.50 Jadi Bualan, ! Pelanggan ‘Tak Puas Hati’ Tengok Duit Baki – “Culture Shock Datang Kedah” .

DALAM keadaan ekonomi ketika ini yang menyaksikan peningkatan harga barangan, kebanyakan peniaga turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan mereka.

Tindakan tersebut dibuat atas alasan mahu menampung kos modal yang dikeluarkan untuk membeli bahan mentah, kos upah dan sebagainya.

Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika makanan yang dijual di gerai pun mengalami kenaikan harga.

Namun satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @damianajunpakartilam menarik perhatian warga maya, gara-gara harga nasi lemak yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Kedah.

Mana tidaknya, sebungkus nasi lemak standard yang langsung ‘tidak kedekut’ dengan bahan-bahan asasnya hanya berharga RM1.50!

The popular Nasi Lemak dish.

Nasi lemak sememangnya hidangan sarapan yang popular di Malaysia. -Gambar hiasan/The Star

“Sumpah weh aku culture shock datang Kedah ni.

“Memang macam ni ke kat Kedah? Telur tu sebiji, bukan separuh,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang itu lengkap dengan sambal, timun, ikan bilis, kacang tanah goreng dan paling mengejutkan, sebiji telur rebus.

Tambah individu tersebut, dia yang membayar dengan sekeping not RM5 terkejut apabila menerima wang baki RM3.50 daripada peniaga berkenaan sekali gus membuatkannya bertanya kembali harga nasi lemak untuk meminta kepastian.

Dedah individu itu lagi, dia makin terkejut apabila mendapati kebanyakan barang mentah dijual dengan harga yang murah di negeri jelapang padi itu.

Kalau dekat Kuala Lumpur atau Selangor, RM1.50 ni dapat ikan bilis dua ekor, telur dadar saiz simcard.

NETIZEN

“Ikan selayang RM4 satu kilogram. Masa dengar tu, terkejut beruk saya dengan suami.

“Makan roti canai telur dua, roti kosong dua, kopi panas, teh panas RM7.90 je,” kongsinya lagi.

Perkongsian individu tersebut menjadi tular apabila meraih lebih 429,000 jumlah tontonan.

komen nasi lemak

Netizen turut berkongsi harga bagi sesetengah makanan di Kedah yang begitu murah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui kebanyakan harga makanan di negeri berkenaan masih dijual dengan harga yang cukup murah.

“Dekat kampung saya ada lagi nasi ayam RM1.20. Nasi lemak RM1, teh ais RM1 masih boleh didapati di Kedah. Selamat datang ke Kedah.

“Kalau dekat Kuala Lumpur atau Selangor, RM1.50 ni dapat ikan bilis dua ekor, telur dadar saiz simcard.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Nasi Lemak RM1.50 Jadi Bualan, ! Pelanggan ‘Tak Puas Hati’ Tengok Duit Baki – “Culture Shock Datang Kedah” ."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*