Berebut Harta, Suami Isteri Maut ‘Disabit’ Anak Saudara.

SEORANG lelaki warga emas disyaki membunuh pasangan suami isteri menggunakan sabit sawit dalam satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada perebutan harta.

Suspek berusia 61 tahun merupakan bapa saudara kepada mangsa lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, pasangan suami isteri berkenaan masing-masing berusia 74 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Tambah Nordin, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian di kebun sawit di Kampung Cina, Pantai Remis, Perak itu pada pukul 3.30 petang Selasa.

“Siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta menjadi penyebab berlakunya pergaduhan antara suspek dengan kedua-dua mangsa.

“Mayat mangsa ditemukan di dalam kawasan kebun sawit dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Susulan itu polis menahan suspek dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu untuk permohonan reman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan Selasa malam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026 bagi membantu siasatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Berebut Harta, Suami Isteri Maut ‘Disabit’ Anak Saudara."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*