‘Meriahnya, Hari Jadi Macam Hari Raya. Suka Tengok.’ Surprise Hari Lahir Ustaz Azhar Idrus.

BARU-baru ini anak kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memuat naik sepotong video yang memaparkan kejutan sempena hari jadi  ayahnya itu.

Dalam hantaran video tersebut, kelihatan pendakwah dari Terengganu itu baharu muncul di hadapan pintu rumah, lalu disambut dengan tembakan party pooper pop disusuli dengan nyanyian lagu selamat hari jadi kepada beliau.

Menariknya, majlis serba ringkas itu turut dihadiri oleh para isteri-isterinya, anak-anak dan cucu-cucunya.

Biarpun nampak serba ringkas tanpa majlis yang gah, namun suasana cukup meriah dan bahagia.

Malah, warga maya yang menonton video berkenaan melahirkan rasa kagum dan memuji keakraban ahli keluarga Ustaz Azhar walaupun berlainan ibu namun tetap rapat dan mesra.

Bahkan, kemeriahan majlis hari jadi tersebut seolah-olah mereka sedang menyambut hari raya. Ditambah pula gelagat Ustaz Azhar yang tampak terkejut dengan surprise oleh anak-anaknya itu.

Video:

@aswanasyiqin26

Sanah Helwah Abi ❤️ Semoga yg baik2 untuk Abi dunia & Akhirat 🤲🏻 we love you 😘😘😘

♬ Ayah – Seventeen

‘Sanah helwah UAI. Comel ustaz kejut haha. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.’

‘Sanah helwah UAI semoga umur diberkati oleh Allah,diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang banyak dan dipermudahkn urusan oleh ALLAH.’

‘Sanah Helwah @uaioriginal. Barakallahu fii umrik. Meriahnya. Alhamdulillah.’

‘berapa ibu ni ustaz.Ramainya anak-anak bahagia hidup ustaz.’

‘Aku yang tersengih-sengih. Suka tengok happy famliy.Meriah ramai ahli.’

‘Untung besar yang jadi anak,cucu,isteri & ahli keluarga UAI ni. Hari-hari boleh menuntut ilmu. Semoga panjang umur ustaz kesayangan Malaysia.’

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Plus

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Meriahnya, Hari Jadi Macam Hari Raya. Suka Tengok.’ Surprise Hari Lahir Ustaz Azhar Idrus."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*