Sering Dilihat Berdua, Model Muslimah Dikatakan Menjalin Cinta Dengan Zizan Razak.

KALAU masih ‘single’, selagi itulah orang akan kaitkan mengenai pasangan hidup.

Begitulah pelawak Zizan. Kali ini dia dikaitkan berkawan rapat dengan seorang pempengaruh cantik manis yang kerap menjadi model pakaian muslimah.

Difahamkan, hubungan Zizan dengan wanita yang dikenali sebagai Nureen itu sudah berjalan kira-kira dua tahun.

zizan razak 2

Kisah cinta Zizan sering menjadi perhatian ramai.

Mereka juga dikatakan kerap meluangkan masa bersama dan pernah menghadiri beberapa acara bedua.

Walaupun tidak pernah berkongsi gambar mereka secara terbuka, namun menerusi beberapa perkongsian di laman sosial, kedua-dua mereka ada bersama dalam beberapa acara yang turut disertai rakan-rakan lain.

Menerusi pemerhatian mStar, Zizan juga merupakan salah seorang pengikut Nureen di laman Instagram.

Berdasarkan status di Instagram, Nureen merupakan seorang pempengaruh media sosial yang mempunyai 11,000 pengikut.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak yang sudah mencecah usia 40 tahun dalam beberapa temu bual sebelum ini mengakui sudah bersedia untuk berkahwin namun masih belum bertemu dengan wanita sesuai untuik dijadikan sebagai suri hatinya.

Dalam masa sama pelawak ini juga sering kali dikaitkan rapat dengan rakan selebriti lain namun hubungan tersebut tidak kekal lama.

zizan razak 3

Zizan enggan memberi sebarang komen dakwaan kini sedang bercinta.

Sementara itu, Zizan ketika dihubungi mStar untuk mengesahkan perkara itu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

Sebaliknya, dia perlu merujuk dengan pihak pengurusannya sebelum mengulas mengenainya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Sering Dilihat Berdua, Model Muslimah Dikatakan Menjalin Cinta Dengan Zizan Razak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*