CCTV Jiran Sentiasa Berputar 360 Darjah! Jiran Tak Selesa Kena Sentiasa Tutup Aurat, ”Hilang Privasi”.

CCTV pada masa kini merupakan sebagai bahagian penting dalam mewujudkan tempat yang selamat dan selesa untuk hidup. Orang-orang yang mempunyai niat buruk seperti rompakan atau pencuri akan berfikir dua kali apabila mereka tahu rumah yang disasarkan ternyata dilengkapi dengan CCTV.

Namun, sikap toleransi sangat penting bagi mengekalkan keharmonian sesama jiran.

Di Facebook, seorang individu meraih perhatian selepas dia mengadu tentang kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh jirannya.

Menurut pengadu, dia hidup dalam keadaan tidak selesa kerana CCTV yang bergerak 360 darjah itu didakwa boleh membuat rakaman sehingga ke pintu rumahnya.

A placard ' room for rent' is placed at gate of a house in Taman Connaught in Cheras.AZHAR MAHFOF/The Star (9/1/2019)

Berbuat baik kepada jiran merupakan satu amalan yang sangat mulia. -Gambar hiasan

“Salam semua, maaf kalau soalan ini tiada berkaitan. Tapi mohon pendapat semua ahli.

“Kisahnya jiran memasang CCTV seperti dalam gambar. CCTV yang jenis boleh pusing 360 darjah tu.

“Ia menyebabkan saya rasa tak selesa dan menganggu privasi saya,” ujarnya menerusi Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Kadang kita ni nak buka pintu sikit saja tapi kena bertutup aurat sepenuhnya. Stres juga.

PENGADU

Menurut pengadu dipercayai seorang wanita, dia juga tidak selesa kerana bimbang auratnya dapat dilihat menerusi CCTV milik jiran sebelah rumahnya.

“Sebab setiap kali saya buka saja pintu depan, terpampang CCTV tu hala tepat ke pintu depan saya.

“Kadang kita ni nak buka pintu sikit saja tapi kena bertutup aurat sepenuhnya. Stres juga. Kadang tiap masa dia boleh pula follow pergerakan saya kat garaj saya sendiri,” ujarnya.

Dakwa pengadu, dia juga risau CCTV itu merakam gerak-gerinya secara tanpa sedar, sekali gus menceroboh privasi hidupnya.

“Siap tiba-tiba keluar lampu flash macam ambil gambar. Bagi saya, tak salah dia nak letak CCTV tapi rasanya tempat yang dia letak terlalu ke depan dan pemilihan jenis CCTV dia tu yang salah.

“Sebab saya tengok jiran-jiran lain letak CCTV yang jenis memang straight hala ke depan saja, bukan yang jenis macam ni duk berpusing sekeliling lepas tu hala ke rumah saya.

“Boleh tak sesiapa bagi pendapat. Betul ke view CCTV jenis ni boleh tengok saya. Apa saya kena buat, boleh ke report ke apa? Tolong,” ujarnya lagi.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Toleransi merupakan kunci keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. -Gambar hiasan

Luahan wanita itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang memberikan cadangan serta solusi untuk masalah dihadapinya.

“CCTV ada auto-tracking yang akan follow pergerakan. Minta owner off auto-tracking.

“Pasang bidai, blind. Masa ada kat rumah, tutuplah kawasan tu.

“Patutnya awak bersyukur jiran prihatin atas keselamatan awak.

“Kau tak ada mulut ke nak berbincang dengan jiran?” tulis beberapa netizen memberikan komen dan pandangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mtar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "CCTV Jiran Sentiasa Berputar 360 Darjah! Jiran Tak Selesa Kena Sentiasa Tutup Aurat, ”Hilang Privasi”."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*