Heliza Dan Suami Reda Belum Ada Rezeki Timang Anak. Pelihara Kucing Sebagai Ganti

Setiap suami isteri yang baru atau sudah lama berkahwin, tentu sahaja anda mengharapkan kehadiran cahaya mata. Namun jika belum direzekikan lagi, ada hikmah perkahwinan tanpa zuriat yang telah ditetapkan bersama pasangan.

Boleh jadi juga Allah tahu masanya belum sesuai, atau untuk memberi peluang pada anda dan pasangan ‘berbulan madu’ dengan lebih lama. 

Pengacara program Nasi Lemak Kopi O (NLKO), Datin Seri Nur Heliza Helmi tidak tertekan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang dibina dua tahun lalu, belum diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Heliza mendakwa tidak pernah menangguhkan perancangan memiliki cahaya mata disebabkan jadual kerja padat. Sebaliknya, dia dan suami masih belum belum dikurnia rezeki menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, Heliza percaya rezekinya sudah disusun sebaiknya. Malah, dia sentiasa reda dan berlapang dada serta percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya.

Heliza, 38, bagaimanapun berkata dia tidak pernah putus berdoa agar diberikan cahaya mata yang diredai oleh Allah SWT.

“Belum ada rezeki… doa-doakan. Saya pun sentiasa berdoa,” katanya.

heliza 3

Heliza serahkan soal zuriat pada rezeki.

Kata Heliza, dia amat menyukai kanak-kanak sehingga memilih untuk memelihara beberapa ekor kucing bagi mengubati rasa tersebut.

“Saya suka budak-budak… sebab itu bela anak kucing sekarang ini.

“Gembira tengok saudara mara yang ada anak sebab kita pun perangai macam budak-budak,” kongsinya.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Heliza berkata dia ada bertanya kepada beberapa pendakwah terkenal mengenai dirinya yang masih belum bercahaya mata.

Malah dia juga disarankan untuk mengubah cara doanya agar lebih mudah berlapang dada dengan rezeki yang bakal dikurniakan.

“Saya ada minta Ustaz Wadi doakan saya untuk ada anak… dia cakap Allah tahu apa yang terbaik.

2521579

Usia perkahwinan Heliza dan suami sudah masuk dua tahun.

“Bila dapat jawapan macam itu… hati saya menjadi lapang. Sebab kita tahu Allah yang susun bukan kita boleh beli anak itu.

“Jadi dia buatkan saya boleh fokus kepada benda lain sebab saya tahu belum masanya lagi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Heliza Dan Suami Reda Belum Ada Rezeki Timang Anak. Pelihara Kucing Sebagai Ganti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*