“Jaga-jaga Kalau Nampak Tiktoker Reviu Makanan”.. Ustazah Lari Keluar Dari Kedai! Patutlah Rasa Berdebar Nak Makan, Rupanya Tak Halal

Sejak adanya kerjaya digelar sebagai influencer atau content creator, ramai yang cuba mahu meraih pendapatan menerusi ‘review’ berbayar melibatkan syarikat terkenal dan perniagaan tempatan.

Difahamkan pelbagai barangan atau produk yang boleh dijadikan sebagai konten untuk ‘paid review’. Contohnya makanan dan minuman di sebuah restoran yang mempunyai hidangan lazat.

Namun, status halal bagi premis makanan adalah perkara penting dan sering diberi perhatian oleh kebanyakan umat Islam di negara ini.

Terbaharu, seorang ustazah yang dikenali sebagai Thaniah berkongsi pengalamannya berkunjung ke sebuah kedai yang tidak mempunyai sijil halal di Sungai Petani, Kedah.

Ustazah Thaniah berkata, dia pergi ke premis berkenaan kerana percaya dengan reviu yang dibuat oleh seorang TikToker beragama Islam yang mempromosikan kedai makan tersebut sebelum ini.

Tangkap layar video dikongsikan di TikTok.

“Jaga-jaga kalau nampak TikToker yang reviu makanan… jangan terus pergi. Saya sudah ‘terkena’. Kedai tu kedai Cina. Saya terperanjat sebab nampak lelaki Cina dekat dapur.

“Bila saya tanya memang adik dekat kaunter tu cakap tauke Cina, tak ada sijil halal. Jaga-jaga apa yang masuk dalam badan kita. Sumber kepada darah daging kita.

“Pelanggan ramai orang Islam dan pekerja semua perempuan beragama Islam dan bertudung,” katanya dalam tulisan pada video yang tular.

Menurut ustazah yang mengajar ilmu Fardu Ain ini pada video bahagian kedua, dia berasa ‘tidak sedap hati’ untuk makan di kedai makan itu sejurus tiba di sana.

Selepas mendapatkan kepastian daripada salah seorang pekerja di kedai makan itu, dia dan ahli keluarganya terus keluar meninggalkan premis tersebut.

“Masa mula-mula nak masuk ke kedai tu saya ada rasa berdebar-debar juga jadi saya baca doa pendinding diri. Masa sampai tu saya tak gembira sangat nak makan. Saya banyak order lauk ayam sebab suami pun nak makan benda sama.

“Apa yang awak maksudkan dengan Muslim-Halal? Maknanya ayam tu dia boleh ambil daripada pembekal daripada orang Cina betul tak?

Baik sikit zaman sekarang ni. Kalau reviu-reviu makanan viral, jangan cepat (melulu) sangat nak pergi

THANIAH

GURU FARDU AIN

“Saya cakap dia beritahu dekat reviu TikTok, makanan dekat restoran saya pergi tu dia suruh datang makan. Saya pun berlari keluar dari kedai. Saya tengok, orang Melayu saya (dan keluarga) saja dalam tu,” ujarnya.

Dia berkongsi pengalamannya itu bertujuan untuk mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih kedai makan.

“Rupanya tak ada sijil halal cuma ‘mesra Muslim’. Nak makan jadi darah daging kita, nak masuk bulan Ramadan ni dengan ayam ketuk (tak sembelih) tu.

“Kita tak boleh kata, makanan tu halal sebab dia (peniaga) sendiri cakap tak ada sijil halal. Baik sikit zaman sekarang ni. Kalau reviu-reviu makanan viral, jangan cepat (melulu) sangat nak pergi,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Jaga-jaga Kalau Nampak Tiktoker Reviu Makanan”.. Ustazah Lari Keluar Dari Kedai! Patutlah Rasa Berdebar Nak Makan, Rupanya Tak Halal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*