Pernah Setahun Berumah Dalam Kereta, Ariff Guna 90 Peratus Pendapatan Bayar Hutang.

Kehidupan Ariff Peter, 27, pemuda yang sebelum ini pernah tular kerana tinggal di dalam kereta Proton Wira akibat berhutang lebih RM1 juta, kini bangkit semula selepas dia memulakan perkhidmatan pembersihan perabot di Kuala Lumpur. 

Memetik laporan Harian Metro, pemuda berusia 27 tahun bersyukur dan berterima kasih kerana hutang tersebut dapat dilunaskan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang tanpa henti membantunya.

Ariff Peter berkata, sejak kisahnya tular, ia hasil bantuan orang ramai sudi menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkannya di media sosial.

“Sebelum ini, semua hutang dilunaskan hasil perkhidmatan yang saya tawarkan dan baki RM30,000 lagi dibantu rakan perniagaan kerana mereka percaya, jika saya mampu fokus dengan bisnes tanpa bebanan hutang.
“Mereka yakin perniagaan bersama ini mampu pergi lebih jauh dan berjaya,”ujarnya.

Tambah Ariff Peter, kehidupannya kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini, selain sudah tinggal di sebuah rumah terletak di Cheras.

Malah, dia kini membuka peluang perniagaan kepada orang lain dan bersyukur berjaya keluar daripada belenggu hutang yang membebankan sepanjang lebih dua tahun.

“Saya berterima kasih kepada Harian Metro kerana menjadi pencetus kejayaan dalam menyelesaikan bebanan hutang ini. Perkhidmatan yang saya tawarkan juga digunakan dengan meluas kerana bantuan daripada media sosial dan massa.
“Saya yakin jika media sosial digunakan dengan betul, ia mampu untuk membantu kita, namun bergantung perspektif masing-masing. Saya berjaya keluar daripada bebanan hutang dengan melaluinya dan pemasaran,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ariff Peter menolak bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pempengaruh, Aisar Khaled kerana dia enggan menerima sesuatu tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

Ariff juga dilaporkan terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang satu-satunya harta miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.
 
Menerusi perkongsian TikTok, pemuda itu dilihat sedang mengusahakan perniagaan cuci kusyen kereta yang semakin mendapat sambutan hangat orang ramai.
 
 

Pemuda itu dibelenggu hutang kerana menerima tawaran untuk menjadi muka depan kepada satu syarikat pelaburan mata wang digital.

Namun disebabkan kejatuhan mata wang digital, pihak syarikat tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan Ariff yang mengambil keputusan untuk menggalas kesalahan itu.

@ariffpeter

 

♬ Jangan dulu lelahhh – Dino Abdilah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pernah Setahun Berumah Dalam Kereta, Ariff Guna 90 Peratus Pendapatan Bayar Hutang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*