Tak Sempat Tengok Anak naik Pentas. Bapa Meninggal Di Hari Graduasi. Cikgu Tahan Sebak Simpan Berita Sedih.

MAJLIS graduasi atau hari anugerah kecemerlangan pasti menjadi sangat bermakna buat mereka yang bergelar pelajar, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ibu bapa.

Namun siapa sangka, detik yang sepatutnya menjadi kenangan paling manis buat kanak-kanak ini bertukar duka apabila dia menerima berita kematian bapa tercinta ketika majlis graduasinya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh salah seorang gurunya, jelas kelihatan wajah kanak-kanak tersebut yang ‘mendung’ dan sedang menanggung kedukaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Yaya berkata, bapa kepada kanak-kanak yang bernama Muhammad Afnan Hafiz Sanusi itu menghembuskan nafas terakhir beberapa minit sebelum bermulanya majlis.

Kata Cikgu Yaya, Majlis Anugerah Prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Kawasan Pasir Mas, Kelantan itu diadakan pada Sabtu baru-baru ini.

“Bapa Afnan dimasukkan ke hospital pada Jumaat selepas diserang strok secara tiba-tiba. Dia dah sedih sebab bapanya tak dapat hadir pada majlis graduasi yang berlangsung keesokannya (Sabtu).

“Ibu Afnan yang juga guru PASTI pun tak dapat hadir sebab menjaga ayahnya di hospital. Jadi Afnan ditemani seorang guru lain di majlis itu.

“Tiba-tiba pada pagi Sabtu, sekitar pukul 8.45 pagi, cikgu yang menemani Afnan dapat call daripada ibunya, beritahu ayahnya meninggal dunia.

“Kami para guru dah sebak… jadi guru-guru percepatkan namanya untuk naik pentas terima sijil supaya boleh pulang untuk bertemu arwah bapanya,” cerita Cikgu Yaya.

afnan 2

Afnan bersama guru yang menemaninya sewaktu majlis graduasi.

Tambah Cikgu Yaya, Afnan hanya diberitahu berita duka tersebut sejurus selepas dia menerima sijil graduasinya kerana tidak mahu emosinya makin terganggu.

“Afnan terdiam selepas diberitahu berita kematian bapanya. Hanya wajahnya saja menggambarkan apa yang dirasai. Tidak lama kemudian, dia dijemput ahli keluarganya,” kongsi Cikgu Yaya lagi.

Tambah Cikgu Yaya lagi arwah bapa Afnan selamat dikebumikan pada petang hari yang sama.

Afnan terdiam selepas diberitahu berita kematian bapanya… wajahnya saja menggambarkan apa yang dirasai.

GURU

Berkongsi serba sedikit mengenai pelajar tersebut, Cikgu Yaya berkata Afnan yang merupakan pelajar di PASTI Al Ihsaniah pernah merangkul anugerah Tokoh Murid PASTI kawasan Pasir Mas tahun lalu.

“Walaupun saya tidak mengajarnya, namun mengetahui mengenai pencapaiannya. Setahu saya, dia juga pernah merangkul anugerah lain sebelum ini,” ujarnya sambil menambah, Afnan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.

komen afnan

Netizen turut sebak dengan berita kematian bapa Afnan.

Tidak menyangka video perkongsiannya meraih hampir sejuta jumlah tontonan, guru wanita tersebut berkata dia sendiri terharu apabila membaca komen-komen daripada netizen.

“Ramai sangat yang mendoakan adik Afnan agar tabah, jadi anak yang soleh. Saya bagi pihak Afnan mengucapkan terima kasih kepada semua, semoga doa yang baik turut berbalik kepada anda.

“Dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah bapa Afnan,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tak Sempat Tengok Anak naik Pentas. Bapa Meninggal Di Hari Graduasi. Cikgu Tahan Sebak Simpan Berita Sedih."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*