Pernah Derita Kanser Rahim, Mak Jah Bersyukur Tidak Minta Bantuan Orang. Guna Duit Simpanan Hari Tua Untuk Rawatan.

PELAKON Mak Jah tidak pernah menyangka berkat menyimpan wang simpanan dapat membantu membiayai penyakit kanser rahim 

Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 71, terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim yang dihidapinya sekitar 11 tahun lalu.

Menurut Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 75, selama ini dia tidak terfikir wang simpanan yang mahu digunakan untuk hari tua rupa-rupanya akan digunakan untuk rawatan kanser.

Kata Mak Jah, dia bersyukur kerana dapat menanggung sendiri segala kos perubatan tanpa meminta bantuan orang lain.

“Dulu saya simpan duit kerana memikirkan untuk digunakan ketika hari tua tetapi tidak terfikir pula diuji dengan penyakit.

makjah1 - 1

Mak Jah mengamalkan menyimpan wang sejak bekerja.

“Saya terfikir daripada saya meninggal dunia duit itu tidak digunakan sebaiknya, lebih baik saya guna untuk membiayai rawatan perubatan.

“Saya tidak minta bantuan pada sesiapa pun. Saya bersyukur dapat menguruskan semuanya dengan duit saya sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Jah mendedahkan dia pernah menghidap kanser rahim pada 2013 dan mengalami kemurungan selepas didiagnos penyakit tersebut.

Bagaimanapun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan anak-anak, aktres berkenaan akur dengan dugaan yang diberi dan mengikuti segala nasihat perubatan diberikan oleh doktor.

“Apabila saya disahkan menghidap kanser rahim, saya murung juga dalam masa sebulan. Banyak saya ikhtiar untuk pergi berubat.

“Doktor memberi beberapa saranan untuk berubat dan anak saya mengizinkan untuk saya melalui semua prosedur rawatan yang diberi.

Saya kena ingatkan kawan-kawan saya untuk menyimpan duit.

MAK JAH

PELAKON

“Pada waktu itu anak-anak saya bukanlah ada simpanan sangat. Jadi waktu itulah simpanan saya yang berjumlah puluhan ribu digunakan,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer ini sempat menitipkan pesan buat rakan-rakan artis untuk tidak boros berbelanja dan membuat simpanan wang.

Kata Mak Jah, sebelum bergelar pelakon lagi dia sudah mula membiasakan diri menyimpan wang ketika dirinya bekerja sebagai seorang jurusolek.

“Saya kena ingatkan kawan-kawan saya untuk menyimpan duit. Enjoy itu boleh tetapi jangan terlalu boros.

“Ketika badan kita masih sihat memang kita boleh mencari duit. Apabila semakin tua seperti saya umur sudah 75 tahun, makin tua ada pelbagai penyakit lagi banyak nak pakai duit.

makjah2 - 1

Mak Jah kini berada dalam keadaan kurang sihat.

“Macam saya dulu pernah bekerja sebagai jurusolek artis dan seterusnya menjadi pelakon, saya buat semua kerja dan Alhamdulillah kalau tak banyak pun saya tetap ada wang simpanan sendiri,” katanya.

Sebelum ini Mak Jah mendedahkan dirinya sudah tidak mampu untuk menerima tawaran berlakon gara-gara kesihatan tidak mengizinkan.

Kata Mak Jah, kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Keadaan kakinya yang sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar untuk bergerak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pernah Derita Kanser Rahim, Mak Jah Bersyukur Tidak Minta Bantuan Orang. Guna Duit Simpanan Hari Tua Untuk Rawatan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*