Pelajar Cemerlang Kini Terlantar, Saluran Darah Ke Otak Pecah.

Seorang pelajar cemerlang yang menerima tajaan PETRONAS dan bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti di England, kini terlantar berikutan saluran darah ke otak pecah.

Wan Murni Wan Ngah, 46, dari Kampung Jaba, Bukit Apit, Ajil dekat sini berkata anak keduanya Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, disahkan mengalami saluran darah pecah selepas pengsan pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, kejadian itu disedari seorang tukang cuci kira-kira jam 9 pagi yang datang ke rumah yang disewa oleh PETRONAS dan dihuni pelajar sebelum menyedari anaknya pengsan di ruang tamu.

Pada jam 9 pagi hari sama sepatutnya anaknya bertolak pulang ke Terengganu, berikutan cuti semester namun dia (anak) dikejar ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan.

“Dia kemudian dirujuk ke Hospital Cyberjaya dan ditempatkan di unit rawatan rapi selama 12 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

“Selepas 16 hari di Hospital Cyberjaya, anak saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dan di tempatkan di sana selama tujuh hari,” katanya yang juga ibu tunggal.

Menurutnya yang bekerja sebagai tukang sapu, imbasan pihak hospital mendapati saluran darah ke otak anaknya pecah sehingga mengakibatkan remaja itu lumpuh sebelah badan bahagian kanan.

 
Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Pelajar Cemerlang Kini Terlantar, Saluran Darah Ke Otak Pecah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*