‘Hari Jadi Aku, Di Mekah”. Norreen Iman Banyak Menangis Sepanjang Umrah.

Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman membuat perkongsian di Instagram mengenai dirinya yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, pada Selasa.

Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 30, bagaimanapun berkata, di sebalik perasaan sayu menyelubungi diri, dia bersyukur kerana semua urusan umrah dipermudahkan Allah SWT.

“Saya gembira sangat. Ini adalah satu-satunya foto yang boleh lihat saya tersenyum depan Kaabah. Selebihnya muka nak menangis sahaja.

norreen2 - 1

Norreen teruja dapat menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Bila semua urusan saya dipermudahkan dalam waktu yang sangat singkat, sampai di sini (Tanah Suci) macam-macam momen terbaik yang jadi pada saya, seronok sangat,” katanya.

Norreen berkongsi pengalaman berada di Makkah di Instagram miliknya pada Ahad.

Mengimbau pemergian ke Tanah Suci, Norreen memberitahu dia tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila hatinya di jentik Allah untuk ke sana mengerjakan umrah.

Pelakon drama Cina Buta ini berkata, pemergiannya ke sana adalah secara tiba-tiba sehingga membuatkan dia menggigil dan menangis kerana diberi rezeki menjejakkan kaki ke sana.

“Terima kasih atas jemputan-Nya. Semua berlaku secara tiba-tiba. Terima kasih sebab Allah zahirkan satu suara kuat dalam hati ini untuk saya pergi menunaikan umrah.

“Tak pernah seumur hidup saya menggigil seorang diri dan asyik bercakap dengan diri sendiri suara siapa yang kedengaran itu? Adakah saya sedang bermonolog?,” katanya.

Sementara itu, besar harapan Norreen agar dapat kembali menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Harap boleh datang sini bila Ramadan. Aku doakan semua yang tengok hantara ini, insya-Allah dapat datang dalam masa terdekat dengan keadaan sihat dan juga mampu,” ujarnya.

Sebelum ini, penampilan baharu Norreen menjadi perhatian pengikutnya apabila tampil mengenakan hijab.

norreen1 - 1

Norreen berhasrat ingin kembali menunaikan umrah pada Ramadan depan.

Norreen juga sudah memadam kebanyakan foto miliknya yang mendedahkan aurat di media sosial.

Selasa lalu, pelakon itu memaklumkan keterjuaan apabila akhirnya impian ke Makkah akhirnya terlaksana.

Pemergian Norreen ke Tanah Suci turut ditemani rakan dan suaminya iaitu Razzi Razak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Hari Jadi Aku, Di Mekah”. Norreen Iman Banyak Menangis Sepanjang Umrah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*