Wanita 70 tahun lahirkan kembar

Kampala: Menggemparkan apabila wanita berusia 70 tahun di Uganda, baru-baru ini, melahirkan anak kembar selepas menjalani rawatan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Portal BBC melaporkan, Safina Namukwaya melahirkan anak lelaki dan perempuan melalui pembedahan di sebuah pusat kesuburan di ibu negara, Kampala.

Sebagai wanita tua di Aftika yang melahirkan zuriat, Namukwaya memberitahu media tempatan, ia adalah keajaiban.

Namukwaya memberitahu akhbar Daily Monitor Uganda bahawa kehamilannya sukar kerana pasangannya meninggalkannya selepas dapat tahu dia hamil anak kembar.

“Lelaki tidak suka diberitahu awak hamil lebih daripada seorang. Sejak saya dimasukkan ke sini, pasangan saya tidak pernah muncul,” katanya.

Ini adalah kelahiran kedua untuk Namukwaya dalam tempoh tiga tahun.

Dia melahirkan seorang anak pertama iaitu bayi perempuan, tiga tahun lalu.

Menurut Namukwaya, dia sebelum ini ingin mempunyai anak selepas dia diejek kerana tidak mempunyai anak.

“Saya menjaga anak orang dan melihat mereka membesar dan meninggalkan saya sendirian. Saya tertanya-tanya siapa yang akan menjaga saya apabila saya sudah tua,” katanya.

Sementara itu, pihak hospital mengucapkan tahniah kepadanya Namukwaya dan mengatakan ia lebih daripada kejayaan perubatan dan mengenai kekuatan serta daya tahan semangat manusia

Dr Edward Tamale Sali, pakar kesuburan di Pusat Kesuburan dan Antarabangsa Hospital Wanita (WHI&FC), memberitahu BBC bahawa Namukwaya menggunakan telur penderma dan sperma pasangannya untuk menjalani IVF.

Bayi itu dilahirkan pramatang ketika kandungan berusia 31 minggu dan diletakkan di dalam inkubator serta disahkan dalam keadaan stabil.

Menurut rekod, seorang wanita India berusia 73 tahun melahirkan anak kembar selepas rawatan IVF pada 2019.

 

Sumber : HMetro Online

Be the first to comment on "Wanita 70 tahun lahirkan kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*