Mahkamah: Bekas pekerja IT didapati bersalah sebab kematian Syed Danial

Seorang bekas pekerja teknologi maklumat (IT) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada 2019.

Hakim Julia Ibrahim bagaimanapun memutuskan kesalahan itu dibawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK) dan bukan Seksyen 302 KK dibawah pertuduhan asal dihadapi Yew Wei Liang, 45, di akhir kes pembelaan.

Seksyen 304 (a) memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda.

Bagaimanapun, prosiding keputusan hukuman dibawah seksyen tersebut akan bersambung pukul 2.30 petang.

Terdahulu, Julia dalam penghakimannya menjelaskan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bawah Seksyen 304 (a) KK dengan mendapati kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan.

Tegas beliau, beban membuktikan hak pertahanan diri dari ancaman kecederaan tubuh terletak di atas tertuduh di bawah Seksyen 105 Akta Keterangan 1950.

“Tertuduh gagal membuktikan terdapat ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isterinya daripada simati.

“Bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan keterangan mahkamah mendapati wujud hak mempertahankan harta tertuduh dari perbuatan khianat (mischief) oleh simati iaitu merosakkan kereta Innova OKT dengan menggunakan kayu baseball.

“Namun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan (extend) sehingga menyebabkan kematian simati (Seksyen 104 KK),” katanya.

Berdasarkan pertuduhan asal, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6, Lebuh Raya Utara Selatan antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili Peguam Wee Choo Keong dan Yeo Wei Min

Seramai 20 saksi pendakwaan dan 65 eksibit termasuk dokumen berkaitan dikemukakan sepanjang prosiding yang berlangsung bermula 27 Oktober 2021.

Sebelum ini, kejadian melibatkan kes tersebut tular di media sosial dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

Syed Muhammad Danial kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Kosmo

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mahkamah: Bekas pekerja IT didapati bersalah sebab kematian Syed Danial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*