Kes Saman RM2.5 Juta Selesai, Siti Nordiana & Lima Sekawan Berdamai

 

Kes saman fitnah RM2.5 juta yang difailkan penyanyi Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir apabila kesemua mereka saling bermaafan.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Siti Nordiana berkata perbicaraan kes tersebut tidak diteruskan selepas perbincangan antara penyanyi itu dan lima defendan untuk menyelesaikan secara baik.

Persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kedua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, lima sekawan iaitu Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf serta memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Malah, Siti Nordiana turut membuat permohonan maaf kepada lima sekawan itu serta menyatakan telah memaafkan tindakan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kes Saman RM2.5 Juta Selesai, Siti Nordiana & Lima Sekawan Berdamai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*