“Rm7 Secucuk..” Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Pergilah ke mana-mana negara sekali pun, rakyat Malaysia tetap akan berbangga dengan makanan tradisional mereka.

Bukan setakat penduduk tempatan sahaja yang menggemari hidangan dari Malaysia, malah pelancong asing juga tidak akan melepaskan peluang bagi merasai sendiri menu seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Sate dan banyak lagi apabila mereka bercuti di sini.

Tetapi bagi rakyat Australia yang teringin untuk mencuba sendiri hidangan sate, tak perlu bersusah payah lagi untuk ke Malaysia kerana makanan itu kini dijual oleh keluarga dari Malaysia yang menetap di negara tersebut.

Rakyat Malaysia Buka Gerai Jual Sate Di Perth, Australia

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@thepapanash), seorang ‘food reviewer’ bernama Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri yang menjual sate ayam di Perth, Australia.

Zul dan isterinya telah menjalankan perniagaan yang diberi nama Satay Bro di Southern River, Perth menggunakan lori trak.

Dalam video tersebut, Papa Nash menunjukkan hidangan sate yang padat dengan daging tanpa lemak disediakan oleh Zul, manakala isterinya pula sedang menggoreng menu ayam berempah di dalam kuali.

Menurut Papa Nash, sate berkenaan boleh dibeli secara set dengan harga 12 AUD (RM36.62) atau 2 AUD (RM7) untuk sekeping serta dihidangkan bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit.

Gerai tersebut yang dibuka pada jam 2:00 petang turut menjual Mi Goreng dan Nasi Kuning Ayam Panggang.

Meskipun baru berniaga selama tiga bulan, tetapi jualan mereka difahamkan mencecah sehingga 400 batang sate sekitar jam 5:00 petang.

Katanya, kalau datang lambat memang confirm kena beratur panjang. Bak kata food reviewer ini, sate tersebut merupakan antara sate yang sedap pernah dimakannya. Siap bagi markah 10/10!

@thepapanash Malaysian Satay stall in Perth, Australia! These couple are from Malaysia and setup a business by the roadside in Souther River, Western Australia, selling Satay – known as Satay Bro (Part 2 👉🏻 @Papa Nash ) #thepapanash #papanash #satay #satayayam #sataydaging #australia #halalaustralia #halalaustralianmeat #sataybro #perth #perthfood #halalfoodperth #malaysia #MalaysianFood #malaysianfoodie #sabah #sataychicken #satayaustralia #malaysianfoodinaustralia #australianfood #ayamberempah #halalfoodaustralia #southernriver #westernaustralia ♬ Food Hunter – ZydSounds

Netizen Puji Rakyat Malaysia Di Perth Pandai Cari Rezeki

Di ruangan komen video tersebut, netizen dilihat memberi pujian kepada pasangan suami isteri yang menetap di Australia itu kerana bijak dalam mencari rezeki dan peluang.

Siap ada yang membuat pengiraan tentang keuntungan mereka yang dikatakan boleh mencapai sehingga RM100,000 sebulan walaupun dengan hanya berniaga di tepi jalan raya.

Dalam pada itu, netizen juga memberi cadangan kepada mereka untuk mempelbagaikan lagi menu jualan seperti murtabak, pasembor, cendol dan lain-lain.

Sumber: TikTok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

Be the first to comment on "“Rm7 Secucuk..” Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*