Ratu Rock Negara Kini Alami Masalah Pendengaran, ‘Guna Alat Bantuan Sepenuhnya’

RATU rock negara Ella mendedahkan dia kini bergantung kepada alat bantuan pendengaran susulan fungsi kedua-dua belah telinganya sudah menurun.

Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, hasil pemeriksaan sebelum ini mendapati pendengaran telinga kirinya berkurang kepada 70 peratus manakala sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus daripada bacaan 200 peratus.

Menurut Ella lagi, dia sebelum ini tidak pernah menyedari mengalamai masalah pendengaran namun dengan bantuan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), deria itu kembali normal apabila menggunakan alat bantu dengar Bernafon Alpha.

ZEO00898

Ella menghiburkan peminatnya di Pavilion Bukit Jalil.

“Saya tidak pernah tahu ada masalah pendengaran namun setelah membuat pemeriksaan mendapati saya ada masalah tersebut.

“Perbezaan selepas menggunakan alat bernafon alpha ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya.

“Ini disebabkan telinga sebelah kiri saya hanya 70 peratus manakala telinga kanan pula 80 peratus. Jadi alat ini dapat seimbangkan kedua-duanya,” katanya.

Ella mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa hadir ke Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Ella berkata, meskipun terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran namun dia tidak pernah merasakan ia sebagai kekurangan pada diri.

Sebaliknya Ella bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi berkenaan.

“Saya tidak rasa pun itu kekurangan sebab ia lagi membantu Ella. Ella percaya ramai ada masalah sama.

 

Saya mengalami masalah pendengaran disebabkan muzik.

ELLA

PENYANYI

“Ella rasa bersyukur sebab alat ini boleh bantu Ella mendengar dengan normal,” katanya.

Sementara itu, Ella turut menyarankan rakan-rakan terutamanya yang terlibat dalam industri muzik untuk membuat pemeriksaan kesihatan deria pendengaran.

“Saya mengalami masalah pendengaran disebabkan muzik, jadi saya pakai alat ini untuk melindungi daripada ia bertambah teruk.

“Jadi saya sarankan rakan-rakan dalam industri muzik malah orang ramai untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat,” katanya.

ZEO01253

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MSTAR

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ratu Rock Negara Kini Alami Masalah Pendengaran, ‘Guna Alat Bantuan Sepenuhnya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*