Tenang Bawa Lari Tong Gas Walaupun Dah Kantoi, Aksi Pencurl Ini Jadi Bualan Netizen

 

Sekarang ini ramai yang sanggup melakukan apa sahaja sekiranya berada dalam situasi yang terdesak. Macam sebuah rakaman yang tular ini memaparkan aksi seorang lelaki yang sedang membawa sebuah tong gas dipercayai dicuri dari sebuah rumah.

Menerusi video yang dimuat naik ini, kelihatan seorang lelaki yang memakai topi keledar memanjat pagar rumah sambil membawa sebuah tong gas. Dalam masa yang sama, kedengaran suara perakam video yang menjerit meminta bantuan daripada orang sekeliling.

Difahamkan, lelaki tidak dikenali itu telah mengambil tong gas kosong yang diletakkan di perkarangan rumah tersebut. Kejadian itu pula hanya disedari semasa lelaki itu sedang memanjat pagar untuk membawa lari tong gas tersebut semasa dirakamkan.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah lelaki itu langsung tidak kelihatan panik dan cemas walaupun gelagatnya mencuri tong gas itu telah pun kantoi dengan pemilik rumah. Mungkin juga kerana jeritan dari wanita itu tidak berjaya menarik perhatian orang sekeliling menyebabkan lelaki itu berani untuk meneruskan kegiatan mencurinya ini.

Dalam masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa hairan melihat reaksi lelaki itu yang masih sempat tersengih dan ketawa. Malah ada yang mendakwa mungkin juga wanita itu mengenali lelaki tersebut dan ianya hanyalah gurauan sahaja namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat cubaan berani yang dilakukan lelaki ini. Setakat ini, video yang dimuat naik di akaun tersebut telah pun menerima lebih dua juta tontonan setakat ini di mana ia turut menimbulkan kebimbangan ramai dengan situasi yang dikongsikan itu.

“Aku rasa pencurl tu pekak lah dia tak gelabah, dia buat tak tahu je selamba je…”

pencuri

“Tak ada duit sangat dah tu.”

tong gas

“Hahahaha dia boleh bantai gelak…”

rumah

“Sesak sungguh tu, sampai tong gas pun dia sapu. Sabar je lah akak.”

tong

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Tenang Bawa Lari Tong Gas Walaupun Dah Kantoi, Aksi Pencurl Ini Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*