Tasnim Shah Selamat Bernikah Dengan Anak Jamal Yunos! Tema Perkahwinan Serba Mewah, Jadi Bualan Netizen

Personaliti media sosial Tasnim Shah selamat menjadi isteri kepada Amin Daniel yang juga merupakan anak kepada ahli politik Dato’ Sri Jamal Yunos dalam sebuah majlis pernikahan serba mewah pada Ahad lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Tasnim atau Nur Tasnim Shah Kirit berkongsi catatan mengenai majlis pernikahannya.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, saya dan Amin telah bernikah semalam (Ahad). Terima kasih pada semua teman untuk sokongan dan doa. Mohon doakan perkahwinan kami diberkati dan berada di jalan yang benar sehingga ke akhir hayat.

“Saya mohon maaf jika saya tidak dapat menjemput ramai orang menghadiri majlis nikah saya. Insyallah kalau ada rezeki lebih, kami jemput lebih ramai untuk resepsi kami pula,” tulisnya lagi.

Sementara itu, foto majlis serba mewah dengan tema putih itu tular di laman sosial Twitter.

Foto yang dimuat naik oleh adik Tasnim yang juga pempengaruh, Ayra Messi mendapat hampir 15,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Majlis yang diadakan di Boathouse, Ampang itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam perkahwinan tersebut berikutan kontroversi politik Jamal Yunos.

Dalam pada itu, ramai juga yang turut memberikan pujian terhadap tema perkahwinan serba mewah tersebut.

“SHE’S MARRIED GUYSSS! so pretty omggg congrats both of youuuu,” komen seorang wargamaya.

“My girl crush finally married,” ujar seorang wargamaya.

“Korang bergaduh lah pasal jamal, the wedding theme and setup are undeniably dreamy,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, nama Tasmin yang merupakan graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menerima kecaman wargamaya kerana menaiki kapal terbang kelas perniagaan untuk ke London.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :   https://gempak.com/

Be the first to comment on "Tasnim Shah Selamat Bernikah Dengan Anak Jamal Yunos! Tema Perkahwinan Serba Mewah, Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*