[VIDEO] “Yang lain semua malaikat” – Tanggung sorang2, komen padu Zul Ariffin raih perhatian netizen

 

SUSULAN hukvman d3nda RM30,000 yang dikenakan berhubung tindakan memuat naik video bab4k p4nas di Instagram pada Mac lalu, pelakon Zul Ariffin berkata dia menerima keputusan mahk4mah itu dengan hati terbuka.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 36, berharap hukvman yang diterima itu menjadi pengajaran kepada pelakon lain supaya berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang perkongsian di laman sosial.

“Kita semua buat silap, sekurangnya ia jadi satu pengajaran kepada orang di luar sana pengajaran untuk pelakon-pelakon lain.

“Kalau mereka suruh muat naik tu tak payahlah akur sangat. Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beria-ia sangat. Betul tak?

“Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh,” katanya kepada mStar.

Zul berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Mahk4mah S33syen Sepang, Selangor pada pagi Selasa.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung ins1den ini, Zul berkata dia enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.

“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak.

“Sebab saya tak nak bazir masa semua orang, masa mahk4mah, saya tak nak bazir masa sesiapa, jadi saya mengaku bersalah sebab memuat naik video tersebut di akaun Instagram saya,” ujarnya.

photo_2022-10-04_13-06-10

Zul dilihat tenang sebelum sesi perbicaraan.

Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahk4mah Sesyen Sepang, Selangor, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumb4ng di media sosial pada Mac lalu.

Zul membuat pengakuan berkenaan selepas pertudvhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut S33ksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila klip video itu dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumb4ng dan keterlaluan.

Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.

VIDEO :

Sumber/Kredit : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Yang lain semua malaikat” – Tanggung sorang2, komen padu Zul Ariffin raih perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*