Kecoh D4kwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”

 

Sejak minggu lalu telah bermulanya acara besar-besaran, Expo MAHA 2022. Acara ini bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

Kemeriahan expo ini sememangnya tak dapat dipertikaikan. Pelbagai jabatan dari serata negeri berganding bahu menjayakan acara ini untuk memberikan ilmu dan menjual pelbagai hasil pertanian dan penternakan kepada pengunjung.

Bagaimanapun, dalam kemeriahan ini ada satu khabar yang kurang enak didengar. Beberapa hari ini kecoh mengenai isu tempat parkir kereta pengunjung yang dikatakan tidak jelas arahan di mana mahu parking kenderaan mereka.

Dalam satu perkongsian di TikTok, pesan seorang individu ini supaya jangan meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya. Ini menjelaskan serba sedikit kecoh d4kwaan kereta pengunjung MAHA kena tunda ini:

@kecik_huhu Membalas kepada @sapeahmarkonah ♬ bunyi asal – 🐊🐊BUAYA DARAT🐊🐊

Untuk masuk ke perkarangan expo ini, pengunjung perlu membayar RM5 satu kereta. Namun ruang untuk parkir kenderaan mereka itu dikatakan tidak jelas. Ini menyebabkan salah faham dan kenderaan mereka telah ditunda.

Difahamkan untuk mendapatkan kembali kenderaan mereka perlu membayar RM100. Katanya juga pengunjung yang mana kereta mereka ditunda itu tidak tahu yang tempat parking itu adalah khas untuk bas kerana tiada sebarang papan tanda.

Bukan itu sahaja, ada juga pihak pengamal media yang terkena dengan isu d4kwaan kereta pengunjung MAHA kena tunda. Berikut adalah luahan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Mediavariasi:

@mediavariasi Pergi nak buat liputan di MAHA 2022,nak balik kereta hilang kena towing walhal da bayar charge parking. dah ikut instruction pon boleh parking kat mana.still kena kompaun RM100. #maha2022 #foryou #viral #towing #maeps ♬ original sound – Media Variasi

Berikut adalah luahan ramai yang dikongsikan di bahagian komen perkongsian ini:

“Patut bersusun dekat 6 biji towtruck semalam”

Kereta Pengunjung MAHA 2

“Bisnes juga tu untuk geng towing cari makan hahaha..Event towing maha buka job”

Kereta Pengunjung MAHA 1

“Senang2 penganjur buat duit”

Screenshot at Aug 08 09-22-00

“1 kereta RM100. Tak de sign tak de palang. tapi tow truck lincah. Sesuatu sangat”

Screenshot at Aug 08 09-21-35

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Kecoh D4kwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*