[VIDEO] Daiyan Trisya pamer banglo mewah, bersyukur usaha keras akhirnya bawa hasil

 

PELAKON Daiyan Trisya akhirnya membuktikan kerja kerasnya sebagai pelakon berbaloi apabila kini mampu membeli sebuah banglo mewah.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, memberitahu dia bersyukur dan berterima kasih kepada sokongan peminat yang banyak membantu sepanjang kerjaya seninya yang kini sudah hampir sedekad.

“Kejayaan yang diperoleh ini semua hasil berkat doa orang tua, kerja keras dan sokongan rakan-rakan serta peminat.

Untitled design (34)

Sebahagian daripada persekitaran kediaman baharu Daiyan Trisya.

“Saya berasa gembira dan bersyukur sangat dengan hasil usaha ini,” katanya kepada mStar.

Daiyan memberi reaksi tersebut bagi mengulas perkongsian video kediaman mewah yang dimuat naik ke Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Menerusi video tersebut Daiyan yang mengenai gaun labuh berwarna putih melihat di sekeliling kediaman berkonsepkan moden bersama sebuah kolam renang.

Untitled design (33)

Daiyan Trisya mengenakan gaun labuh rona putih di kediaman baharunya.

“Kenaikan tahap. Alhamdulillah gadis kamu ini sudah memiliki sebuah rumah baharu,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, Daiyan tidak memperincikan mengenai harga mahupun lokasi kediaman tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Daiyan Trisya pamer banglo mewah, bersyukur usaha keras akhirnya bawa hasil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*