Netizen Suka Tengok Majlis Pernikahan Nurul Izzah Yang Simple – “Trend Macam Ni Yang Patut Dicontohi”

Ramai dalam kalangan netizen yang agak terkejut apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan tentang pernikahannya dengan penyelidik daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong minggu lalu.

Nurul Izzah menerusi kemas kini Facebooknya menjelaskan, dia dan Shao Loong semalam disatukan pada petang 5 Ogos 2022 dengan berwalikan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita berusia 42 tahun itu turut meminta agar pengikut di media sosial dan juga orang ramai supaya mendoakan agar semuanya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

Lantaran daripada itu, ramai yang memuji penampilan Nurul Izzah pada hari perkahwinannya menerusi foto-foto yang dikongsi.

“Simple wedding… tudung bawal je. It’s been such a long time ago since we saw YB Nurul so happy and smiling so freely. Congratulations and wish you the best.”

“Kerana yang menunjukkan bahagia itu di riak muka, bukan busananya.”

“Trend macam ni yang patut dicontohi. Kahwin tak perlu pening kepala. Duit simpan untuk lepas kawin. Honeymoon seminggu dua. Jimat pergi time ni sebab balik dah jadi bertiga. Duit tiket untuk extra passenger guna kat Malaysia pulak.”

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.

Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "Netizen Suka Tengok Majlis Pernikahan Nurul Izzah Yang Simple – “Trend Macam Ni Yang Patut Dicontohi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*