Giliran Da’i Fuad Pula Tegur Video Gelek Baby Shima, Memang Pedas Ayat Dia.

Da’i Fuad Mokhtar merupakan peserta naib johan di dalam program mencari pendakwah, Da’i Pendakwah Milenia. Da’i Fuad terkenal dengan menyampai dakwahnya yang penuh dengan maklumat menyebabkan dia menjadi semakin dikenali oleh masyarakat.

Baby Shima menari gelek

Baru-baru ini, ramai netizen kecam video menarik gelek Baby Shima di majlis rumah terbuka kerana tidak menjaga aurat seorang wanita dan tarian tersebut dianggap provokatif.

Teguran untuk Baby Shima

“Sebenarnya sifat malu adalah perisai wanita daripada diambil kesempatan”

“Sifat malu adalah sifat yang lahir daripada hati yang jernih kepada Allah”

Ramai warga netizen meminta Da’i Fuad untuk tampil dan mengulaskan isu tersebut. Menerusi posting di Instagram Da’i Fuad, dia menegur tindakan Baby Shima secara lemah-lembut dan menyatakan bahawa seorang wanita harus mempunyai perasaan malu kerana itu adalah perisai iman.

“Buat Shima saya cuma minta cik faham yang suasana Malaysia dan Indonesia tidak sama”

“Di sini agamanya dijaga oleh mufti dan ada perundangan yang memelihara”- tulisnya

Da’i Fuad juga menegaskan bahawa keadaan di Malaysia tidak sama di Indonesia kerana agama Islam di Malaysia di jaga oleh mufti dan mempunyai perundangan yang tersendiri. Cara teguran Da’i Fuad yang lemah-lembut tetapi tegas menunjukkan kenapa netizen memilih dia bagi mengulas isu Baby Shima dan menegahkan perkara yang tidak disyariatkan oleh agama Islam.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

SURAT TERBUKA KEPADA BABY SHIMA

Bismillah

Semenjak peristiwa “Ada Tengok Mamy Happy” di rancangan realiti indonesia netizen Malaysia dan negara jiran semakin mengenali baby shima Klip video viral dan berita itu sangat menular sehingga turut sampai kepada peranti telefon bimbit saya. Sebagai orang yang turut keluar daripada rancangan realiti tv saya faham tekanan yang dilalui Oleh baby shima.

Btw Panjang sangat nama, saya panggil Shima jelah ye. Nampak lebih sederhana dan sesuai untuk dipanggil Oleh lelaki-lelaki bukan mahram

Saya selalu turun berdakwah di Indonesia dan saya tahu pasaran hiburan disana berbeza.

Disana hiburan mereka lebih berani malah terkadang menyambut israk mikraj pun ada yang sanggup menari. Pernah di tempat saya berkuliah

agama namun konsert dangdut berhampiran bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat “Ayuh Goyang Mas” geleng kepala saya waktu

kuliah

Buat shima saya cuma minta cik faham yang suasana Malaysia dan Indonesia tidak sama. Disini Agamanya dijaga Oleh Mufti dan ada

perundangan yang memelihara.

Da'i Fuad dalami sudut psikologi

Adab dan Suasananya masih cantik terpelihara. Hiburan juga masih lagi santun dan menjaga kemuliaan diri wanita. Namun semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat.

Tak salah nak berseni tapi ingatlah Agama harus menjadi sendi. Jangan terlebih berhibur sehinggamaruah menjadi lebur. Shima adalah ikon hiburan, banyak adik-adik yang melihat dan menonton, maka jadilah artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik buat masyarakat terutama golongan remaja Shima pun pernah cakap, kenapa masyarakat tak boleh terima shima walaupun shima tak ganggu

mereka.

Hihi memang betul shima tak ganggu mereka secara fizikal tapi hati suami-suami orang yang tertarik dan memenuhi ruangan komen shima tu menyebabkan banyak perempuan Iain insecure. Pening kepala golongan isteri bila bergaduh mulalah post dekat group Kisah Rumah Tangga.

Sebenarnya sifat malu adalah perisai wanita daripada diambil kesempatan. Sifat Malu adalah sifat yang lahir daripada Hati yang jernih kepada Allah. Kita tak nak suasana ini mendatangkan kemurkaan daripada Allah.

Saya takut dan semua orang takut. Saya harap shima dapat mengambil manfaat daripada segala teguran ini. Marilah membina masa depan hiburan tanah air yang lebih bersifat mendidik berbanding sekadar melalaikan. Saya tulis ni sebab Allah & saya juga memohon agar Allah mengampunkan segala dosa kita.

Yang Ikhlas

Ustaz Dai Fuad Mokhtar

Share Jika bermanfaat

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Sumber : Murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://liveconnection24.com/

 

Be the first to comment on "Giliran Da’i Fuad Pula Tegur Video Gelek Baby Shima, Memang Pedas Ayat Dia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*