Jasmin Hamid Terpaksa Dimasukkan Ke CCU,Suami Dedah Punca Sebenar

 

PELAKON Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di unit penjagaan kritikal (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serangan jantung.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahi yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu.

“Sekarang dia berada CCU kerana serangan jantung semalam (Selasa),” tulisnya.

Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan keluarga.

Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Keluarga dia ada sejarah saklt jantung.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung.

“Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa,” ujarnya.

mStar cuba menghubungi wakil keluarga Jasmin namun tiada sebarang jawapan.

Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Jasmin Hamid Terpaksa Dimasukkan Ke CCU,Suami Dedah Punca Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*