“Ini Baru Betul Superhero”, Ustaz Ebit Lew Cari Dan Bantu Pak Cik TBS

 

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura berpengaruh dan dihormati ramai ini. Seorang yang banyak menghulurkan bantuan kepada orang susah dan personalitinya merendah diri, lembut tutur kata dan lain-lain membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi idola ramai.

Baru-baru ini tular dengan kisah seorang pak cik yang dijumpai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Katanya pak cik ini datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Malam tadi Ustaz Ebit Lew turun padang dan pergi mencari pak cik di Terminal Bersepadu Selatan ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ebit Lew (@ebitlew)

Misinya itu berjaya dan menurut Ustaz Ebit Lew, pak cik ini ada rumah di Kedah dan tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih dan Ustaz Ebit Lew sendiri sedih melihatkannya kerana macam ayah-ayah.

Dipendekkan cerita, Ustaz Ebit Lew menawarkan bantuan kewangan dan mahu pak cik ini pulang berehat di kampung. Selain dari itu, seorang pengguna TikTok sempat merakamkan siaran langsung Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik TBS ini dan memuat naik semula telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian individu tersebut yang ternyata membuatkan ramai tersentuh hati dengan rakaman itu:

@riderhelmetpanda Aku jarang nak post video macam ni. Tapi aku tengok sendiri live @ustazebitlew dari jemput pakcik dekat stesen bas sehingga sampai dekat rumah ustaz, part ni paling kawkaw jentik hati aku. Bergegas aku balik rumah untuk edit sarikata pakcik ni supaya penonton boleh faham dan jelas. Jangan lupa tunggu sampai “ Highlight Merah “ ya ? Terima Kasih Kerana Membantu, Ustaz ! 😭❤️ #kitabaikramaisayang #kitabaikallahsayang #ebitlew ♬ original sound – S̷pain ☹ – S̷ilent

Ini antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik ini:

“Ustaz urut2 pak cik tu macam ayah dia jer. Pandai dia treat orang tua.”

Ustaz Ebit Lew cari 1

“Ya Allah nasib ustaz tolong sumpah menangis tengok video pak cik ni orang post masa kat tbs”

Ustaz Ebit Lew cari 2

“Hanya orang biasa tapi cepat sampai. Tak perlu pangkat YB atau menteri pun”

Screenshot at Jun 01 09-11-11

“Ini baru betul superhero. Allahuakbar..Laju betul sampai bantuan”

Screenshot at Jun 01 09-10-29

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Belajar Cara Mickey Mouse Ketawa Dari Khir Rahman, Tapi Lain Pula Bunyinya!

Lelaki Buktikan Budaya Pekerja Makan Di Waktu Bekerja Wujud Jadi Bualan Ramai!

Ubah Suai Rumah Flat Melampau Dirobohkan, “Yang Sebelah Tu Rilek Je”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Ini Baru Betul Superhero”, Ustaz Ebit Lew Cari Dan Bantu Pak Cik TBS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*