Gadis Tersalah Sandar Dekat Orang Lain Bikin Dekah, “Malu Dia Takleh Bawak Bincang…”

 

Setiap kali berada di dalam situasi yang memalukan, pastinya ia akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Sama macam situasi yang dilalui gadis ini apabila dia secara tidak sengaja telah bersandar pada seorang wanita yang tidak dikenali ini.

Lebih malang lagi, situasi itu turut disaksikan oleh rakan-rakan yang lain yang kemudian turut sama berdekah melihat gelagatnya ini. Perkongsian video tersebut juga tular apabila ianya meraih lebih dari lapan juta tontonan setakat ini.

@vaveee_

Drama diceburin teman2 laknat sampe salah org🤣

♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang gadis yang baru sahaja selesai berenang di kolam renang itu. Dalam masa yang sama, dia dilihat terduduk di lantai sambil menyandarkan kepalanya di kaki seorang wanita yang duduk di kerusi itu.

Pada awalnya, ramai yang tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah rakannya menegur gadis itu bahawa dia tersalah orang. Gadis itu kemudiannya mula tersedar dengan apa yang terjadi dan segera menghampiri rakannya yang rupanya duduk di kerusi sebelah itu.

tersalah orang

Lebih melucukan, wanita yang duduk di kerusi itu juga sempat mengusap kepala gadis itu semasa dia menyandarkan kepalanya. Mungkin juga dia cuma melayan sahaja kerenah gadis itu yang mungkin kepenatan selepas berenang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mereka juga turut berasa malu melihat gelagat selamba gadis itu yang siap menyandarkan kepalanya.

“Dia siap usap lagi kepala kawan tu…”

gadis

“Malu sampai ke sini mat.”

wanita

“Malu dia takleh bawak bincang.”

komen

“Dia mahu simpati nasib baik perempuan tu memahami.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Gadis Tersalah Sandar Dekat Orang Lain Bikin Dekah, “Malu Dia Takleh Bawak Bincang…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*