“Tahniah Sha Love You Eh..” Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana Kenakan

Umum mengetahui, baru-baru ini AJL36 yang berlangsung telah meraih perhatian ramai apabila lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishammuddin muncul juara yang disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Menewaskan 11 lagu yang lain, melayakkan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah   membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi bersalut emas.

Selain netizen, ramai juga dikalangan artis yang turut memberi pendapat serta sokongan kepada mereka yang bertanding. Michael Ang dan juga Sharnaaz Ahmad merupakan artis yang dilihat cukup aktif di laman twitter yang sentiasa memberi pendapat tersendiri.

Kelihatan pelakon terkenal itu sudah dari awal telah menyokong persembahan hebat kumpulan Sekumpulsn Orang Gila (SOG) X Shila Amzah. Di samping itu gelagat Sharnaaz sentiasa mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Dia yang berseloroh kononnya nyanyian tersebut membuatkan dirinya merem4ng.

Dia juga berharap dengan nyanyian tersebut yang begitu hebat akan dapat memenangi juara di anugerah yang berprestij tersebut.

Benar tekaan ramai apabila persembahan dari SOG X Shila berjaya menambat hati juri sekaligus merangkul gelaran juara. Ketika ditemubual stesen radio Hot FM, Fara Fauzana selaku deejay sempat lagi mengusik penyanyi wanita tersebut tentang sokongan serta ulasan Shaarnaz mengenai nyanyiannya. Lantas membuatkan selebriti tersebut terus bertukar malu-malu dan cuba untuk menukar topik.

VIDEO:

@shilalasunited Demam AJL36 lagi ni hehe #shilaamzah #AJL36 #SOG ♬ Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) – Sekumpulan Orang Gila

Menerusi ruangan komen, rata -rata turut terhibur dengan usikan Fara Fauzana buat Shila Amzah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Tiktok shilalasunited

 

Be the first to comment on "“Tahniah Sha Love You Eh..” Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana Kenakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*