Sampai Terkejut Nabil Dan Elly Mazlein Bila Teman Lelaki Janna Nick Buat Pengakuan Masa Live

 

Kuala Lumpur – Dida.kwa seperti tiada kerja kerana asyik berkepit dengan pelakon Janna Nick, aktor Dini Schatzmann menegaskan dia juga mempunyai karier sendiri dan sibuk dengan penggambaran.

Walau bagaimanapun kata Dini Azan Schatzmann, 28, dia cuba menggunakan masa terluang untuk berlatih sebagai jurukamera dengan mengikuti Janna kerana meminati seni visual.

“Saya ada karier sendiri dan sibuk juga dengan penggambaran. Namun saya selalu mengikuti Janna untuk bantu diri dan juga karier.

“Apabila saya jumpa dia, saya buat kerja saya bukan buat kerja untuk dia. Saya memang minat bab kemera. Jadi, tempat dan masa yang terbaik untuk saya belajar adalah dengan Janna.

“Dia akan tegur kesa.lahan saya. Kalau saya ambil kelas dengan orang lain, mungkin progres akan slow. Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya jika tak memuaskan.

“Sebab itu, bila saya tak ada penggambaran, saya nak ex.plore karier baru iaitu menjadi jurukamera,” kata Dini.

Dini ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Janna iaitu White Fluffy di De.Wan 1958 by Chef Wan The Linc, Kuala Lumpur sebelum ini.

Sebelum ini, percutian Janna dan Dini di London menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang ingin tahu sama ada pasangan itu tidur di bilik berasingan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Janna menegaskan mereka bukan pergi berdua dan ia tidak hanya sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

Berkongsi mengenai hubungan cinta mereka, Dini mengakui dia dan pelakon drama M.isteri Mona itu mempunyai perancangan untuk berumah tangga.

Namun aktor kelahiran Switzerland itu memilih untuk mengunci mulut terlebih dahulu kerana masih banyak perkara yang belum dapat disahkan.

“Kami ada berbincang mengenai tarikh kahwin. Sudah tentu ada perbincangan tentang perkara itu memandangkan hubungan kami memang serius.

“Buat masa sekarang memang ada perancangan tapi saya rasa belum tiba masa untuk kongsikan. Tapi apabila semuanya sudah pasti, Insya-Allah kami akan umum,” ujarnya.

Buat Kejutan Masa Program Meletop

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Kredit : Mstar/Meletop/OM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Sampai Terkejut Nabil Dan Elly Mazlein Bila Teman Lelaki Janna Nick Buat Pengakuan Masa Live"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*