Asalkan Dapat Isteri, LeIaki SeIamba Gantung Poster Cari Jodoh Tepi JaIan ‘Takkan Sorang Pun Tak Sangkut’

” Lepas ni jenuh pulak majlis perbandaran nak turunkan banner cari jodoh yang awak pasang tu haha,”

Demikian gurauan seorang warganet susulan tindakan berani Nooraziro Abdullah, 35, yang menggantung poster di tepi jalan sebagai jalan terakhir untuk mencari jodoh.

” Saya tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri.” akui jejaka yang berasal dari Marang, Terengganu ini.

Menurut Nooraziro, beliau terpaksa menggunakan cara itu berikutan sudah puas mencuba pelbagai cara dan dalam masa sama mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

” Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.

” Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

” Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia sengaja meletakkan poster berkenaan di Kuala Dungun dan tidak di tempat yang mudah dikenali orang kampung.

” Saya tidak sangka pula perkara ini menjadi tular, namun mahu berfikiran positif mungkin ini penyebab untuk saya mendapat isteri.

” Ibu bapa serta adik beradik saya pun tidak tahu saya menggunakan kaedah ini untuk mencari jodoh.

” Setiap kali pergi kenduri, mesti rakan akan bertanya bila mahu berkahwin, saya sudah bosan mahu menjawab pertanyaan berkenaan dan nekad mahu menggunakan cara ini bagi mendapatkan isteri,” katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri wanita pilihannya, Nooraziro tidak kisah asalkan dapat menerima dirinya seadanya.

” Tidak kisahlah wanita macam mana, gem0k ke, kurus ke, hod0h ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya.

” Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya.

Sementara itu menerusi komen di Facebook, rata-rata netizen memuji tindakan berani yang dilakukan oleh Nooraziro itu dan mendoakan beliau selamat berjumpa dengan pasangan hingga ke jinjang pelamin.

” Aku tumpang simpati bro. aku kenal dengan jodoh aku pun melalui adik beradik. pastu bila dah kenal, pandai-pandailah nak berhubung sampailah engage dan kahwin. Alhamdulillah lani dah 7 tahun bersama,” komen hanif

” Lelaki sejati, berani dan selamba. Semoga berjaya dapat jodoh yang ikhlas dan hingga ke jannah walaupun taktik yang digunakan sangat rare huhu,” tulis Mael

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Asalkan Dapat Isteri, LeIaki SeIamba Gantung Poster Cari Jodoh Tepi JaIan ‘Takkan Sorang Pun Tak Sangkut’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*