Sungguh Durjan4, Lelaki Bertelekung Curi Barang Ketika Jemaah Muslimat Solat

Ketika jemaah muslimah sedang khusyuk menunaikan solat isyak di Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Setapak pada 4 Januari lalu, seorang pencuri pula mengambil kesempatan menggeledah beg tangan mereka.

Pencuri yang sebenarnya seorang lelaki itu menyamar sebagai seorang wanita dengan memakai telekung untuk memudahkannya memasuki ruang solat muslimah.

Tanpa disedarinya, gelagat suspek mencuri barang-barang berharga dalam beg tangan milik jemaah muslimah dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu.

Suspek lelaki dilihat memasuki masjid bersama seorang wanita yang tidak bertudung sebelum dia mengambil telekung yang disediakan pihak masjid.

Suspek wanita dipercayai menunggu di luar ruang solat ketika lelaki itu menggeledah dan mencuri barang-barang milik jemaah muslimah.

Pengendali laman Facebook Masjid Ibn Abbas menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.41 malam.

“Berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Jaga barang berharga anda walaupun berada di dalam masjid atau surau,” katanya.

Para netizen yang kesal dengan perbuatan jenayah itu mencadangkan supaya pengurusan masjid mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menugaskan seorang jemaah lelaki sebagai pengawal keselamatan sukarela.

Sebaik-baiknya letak beg dan barangan berharga di hadapan kita ketika solat supaya sukar dicuri oleh penjenayah yang tergamak melakukan dosa di dalam rumah Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak Note Untuk Awak tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Note Untuk Awak juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sungguh Durjan4, Lelaki Bertelekung Curi Barang Ketika Jemaah Muslimat Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*