[VIDEO] “Dak Eng”- Pelajar Antarabangsa Makan Budu Raih Perhatian Ramai.

Budu dan masyarakat yang berasal dari Pantai Timur sememangnya tidak dapat dipisahkan. Makanan yang dimakan bersama nasi dan ayam atau ikan goreng ini menjadi kegemaran kerana rasanya yang unik dan istimewa. Ini terbukti apabila baru-baru ini tuIar dengan satu video yang memaparkan seorang pelajar antarabangsa yang menunjukkan cara-cara makan budu.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @_ArifHisham_ itu telah meraih perhatian ramai. Dalam rakaman berdurasi 21 saat itu kelihatan pelajar antarabangsa itu sedang makan nasi sambil menunjukkan cara makan budu.

Buat yang tidak tahu apa itu budu, ia adalah pati ikan bilis yang kebiasaannya dicampurkan dengan potongan cili padi dan perahan limau.

Namun apa yang lebih menarik apabila di penghujung video itu kedengaran lelaki tersebut menyebut, “dap eng”.

Berikut adalah video pelajar antarabangsa makan budu yang menjadi perhatian ramai:

Ada yang terliur tak tonton lelaki ini makan? Video tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan dengan 11,600 retweets serta 9,600 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“That ‘dak eng’ hahahha”

Via HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dak Eng”- Pelajar Antarabangsa Makan Budu Raih Perhatian Ramai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*